Bab 5
“Eh mana kau orang pergi,” tegur Azrul sebaik sahaja Nampak Izwan melangkah masuk ke dalam lobby. Izwan seorang sahaja yang masuk ke lobby kerana Siti Hajar dan Abu Bakar sudah masuk ke dalam melalui pintu dapur. Jam telah menunjukkan pukul 12.45 tengahari. Memang waktu Azrul mencari makan.
Izwan terhenti langkahnya. Dia seperti baru tersedar. Izwan merasa terlalu bahagia. Dia seperti sedang berjalan di atas angin. Siti Hajar juga dilihatnya amat gembira, senyumannya terukir di bibir mungillnya yang merah jambu. Mereka telah berjanji akan berkelah lagi di tempat yang sama minggu depan. Izwan tidak sabar menunggu saat itu akan tiba minggu depan. Walaupun sepanjang minggu nanti dia masih boleh berjumpa dengan Siti Hajar tetapi hanya dapat curi-curi masa sebentar kerana mereka berdua masing-masing sangat sibuk dengan tugas masing-masing. Jadi masa bersama seperti hari ini sangat-sangat Izwan hargai. Izwan tiba-tiba sahaja merindui Siti Hajar walaupun baru sahaja berpisah.
“Aku cari kau sejak tadi lagi,” getus Azrul. Mengembalikan Izwan kembali ke dunia nyata dan Azrul yang menunggu jawapan daripadanya.
Azrul kebosanan sejak pagi tadi. Selepas sarapan, dia mencari Izwan. Tetapi Izwan tidak ada di bilik. Dia ingat mahu mengajak Izwan turun ke Brinchang atau berjalan-jalan ke mana-mana sahaja. Dia betul-betul kebosanan. Burung yang hendak dipikatnya juga tidak masuk perangkap. Asyik sibuk bekerja sahaja. Tidak masa langsung. Untuk berbual-bual pun susah. Inikan untuk di bawa berjalan-jalan atau bersiar-siar. Azrul pun sudah agak putus asa untuk memikat burung itu. Tidak kisahlah kalau yang ini tidak melayannya. Lebih banyak perempuan lain yang sudi.
Kalau boleh pada minggu depan, selepas kerja pada hari Sabtu Azrul ingin mengajak Izwan pergi ke Bandaraya Ipoh. Bolehlah mereka berdisko hingga ke pagi. Azrul sudah kebuntuan dengan kebosanan. Ramai gadis-gadis di Ipoh boleh menghilangkan kebosanannya. Dia rasa Izwan mesti setuju. Walaupun Izwan nampaknya agak sibuk semenjak akhir-akhir ini tetapi Izwan mesti setuju. Azrul sudah kenal sangat dengan Izwan.. Izwan memang `kaki clubbing. Mana boleh Izwan menolak untuk ke Bandaraya ipoh. Izwan pun mesti dahagakan keriuhan dan rindukan pelukan gadis-gadis sentiasa sudi mendampinginya. Di kelab malam dia memang akan di nobatkan sebagai jaguh. Izwan tidak pernah kalah. Gadis yang paling jelita selalunya akan memilihnya. Jadi Izwan mesti akan mengikutnya minggu depan. Dia orang mesti melepaskan giannya. Sudah lama dia dan Izwan bertapa di Kampung Raja ini. Azrul sudah mati kutu dibuatnya. Dia mesti buat sesuatu dengan segera, pada hari ini juga.
“Kau pergi mana?” Azrul mengulangi pertanyaan apabila Izwan menghampirinya di ruang tamu lobi.
“Aku pergi jalan-jalan keliling kawasan ni.”
“Seorang diri kau?” Azrul ingin tahu. Tidak percaya rasa Izwan merayau-rayau seorang dirinya. Sepanjang pagi pulak itu. Azrul cuba menelefonnya pun tidak di jawabnya. Aneh sekali. Selalu dia akan minta Azrul temannya. Izwan bukan orang yang suka bersendirian.
Izwan terdiam seketika. Berat dia hendak menyatakan dia bersama dengan Siti Hajar sepanjang pagi. Nyata sukar bagi dia berbuat demikian. Walaupun sebelum ini hampir kesemua tentang dirinya dikongsi bersama dengan Azrul, tetapi kali ini dia keberatan. Siti Hajar terlalu istimewa untuk dia berkongsi cerita dengan Azrul. Siti Hajar bukan seperti gadis-gadis lain yang dia damping selama ini.
“Sejak pagi tadi kau pergi jalan-jalan sorang-sorang? Aku tak percaya betul! Aku datang bilik kau pukul 9.00 pagi tadi ajak makan kau tau. Kau sudah tiada di bilik!” Azrul terus bertanya tanpa menyedari pergolakan di dalam dada Izwan.
Izwan cuba mengalih perhatian Azrul dengan mengenakannya pulak.
“Really…. Aku tak percayalah. Betul ke kau ni. Ahad macam ini, pukul 9.00 pagi kau sudah bangun. Ajaib betul…, selalunya pukul satu pun belum tentu lagi kau bangun.”
“Ajaib apa. Kau hendak tahu…..? Semalam pukul 10.00 malam aku sudah tidur. Malam minggu macam ni….Aku sudah tak tahu apa nak buat. Langsung aku terlelap. Lepas itu kau tahu tak. Pagi ni pukul 8.00 aku sudah terjaga. Wide awake… Hendak tidur balik pun tak boleh!” Kata Azrul bersungguh-sungguh.
“Aku boring sangat. Kau tahu tak?” Azrul meyambungkan kata-katanya, panas hatinya mengenangkan di tinggalkan oleh Izwan pagi tadi dan lebih panas lagi mengenangkan masa yang terbuang begitu sahaja, tanpa dia dapat enjoy langsung bersama gadis-gadis cantik.
“Pukul lapan kau sudah terjaga…hari Ahad macam ni..” Izwan gelakkan Azrul.
“Kau tu apa kurangnya… Pukul berapa kau tadi pagi, kau sudah tak ada dalam bilik. Selalunya selagi perut kau tak lapar, kau tak bangun pada hari Ahad macam ni.” Ujar Azrul.
“Aku pun jemu juga, macam kau aku tidur pukul sepuluh malam tadi. Jadi pagi-pagi ni aku sudah bangun. Jadi aku pergi jalan-jalan di sekeliling kawasan ni. Tengok orang kutip strawberi dan tanam sayur,” Jelas Izwan dengan panjang lebar.
“Kau jalan sorang-sorang kau,” Azrul seperti macam tidak percaya.
“Iyalah! Okay jom. Kita makan tengahari.” Izwan tidak menjawap soalan Azrul tetapi sekali mengalehkan perhatian Azrul kepada tajuk lain. “Aku lapar,” Izwan tiba-tiba merasa lapar. Selepas makan dia dan Siti Hajar menolong Shashi membungkus strawberri. Kemudian mereka ke kebun sayur Siti Hajar. Udara yang segar, riadah yang dilakukan membuat dia menjadi lapar semula.
Setiba di ruang dewan makan, Izwan dan Azrul beratur mengambil makanan. Rupa-rupanya SIti Hajar sudah terlebih dahulu berada di dalam dewan makan, telah mula bertugas. Izwan perhatikan Siti Hajar sudah menyalin pakaiannya, memakai kebaya seperti hari mula-mula dia bertemu dengan Izwan. Dia kelihatan begitu mManis dan ayu sekali, membuat jiwa Izwan bergetar. Izwan melihat Hajar sedang menuangkan minuman kepada para tetamu. Azrul mencuit Izwan apabila terlihat Siti Hajar. Izwan hanya menganggukkan kepalanya. Dalam hati dia geram melihat reaksi Azrul setiap kali ternampak kelibat Siti Hajar. Dia menjadi excited tidak tentu pasal. Izwan tahu Azrul masih belum berjaya memikat Siti Hajar. Cemburunya membara melihat mata Azrul dengan rakus memandang Siti Hajar dari hujung `kaki hingga hujung rambut. Tidak ada sesiapa sepatutnya berhak memandang Siti Hajar begitu, kecuali dirinya.
Tiba-tiba Abu Bakar menghampiri Izwan sambil menghulurkan cermin mata hitam kepada Izwan.
“Abang Wan! Ini rayban abang Wan tertinggal dalam bakul.”
“Oh… terima kasih.” Izwan mengucapkan terima kasih pada Abu Bakar, sambil menepuk belakangnya, lalu di ambilnya cermin mata hitam itu. Dia masukkan ke dalam poket baju-Tnya. Dia berpura-pura berwajah selamba walhal dia tahu Azrul sedang terlopong di sisinya.
“Oh! Kau pergi jalan-jalan sorang-sorang ye?” getus Azrul, sebaik sahaja Abu Bakar pergi dari situ. Geram dia tengok muka Izwan yang selamba sahaja. “Kau tak mahu ajak aku langsung ye? Kau pergi mana? Kau makan sorang ye… Macam ni kawan….” Tanya Azrul bertubi-tubi.
“Macam aku kata tadi pergi `strawberry farms’, pergi kebun sayur.” Izwan terus menceduk nasi ke dalam pinggannya. Dia ingin berlalu segera. Tidak mahu orang lain mendengar perbualan mereka. Tetapi dia masih terpaku di hadapan meja buffet, terlalu banyak pilihan yang mengiurkan. Minestrone soup dan roti bun, Salad avocado dengan kepingan daging salai, Kobis bunga dan brokoli, Spaggethi sos krim keju, Sos spaggeti. Lamb chops, ikan masak sweet sour, Ayam masak merah dan lain-lain lagi. Agaknya hari Ahad begini, Kelly’s Inn ada ramai pelanggan, dengan itu berbagai jenis makanan yang disediakan pada tengahari ini.
Hidangan dessert pada hari ini ialah Pie Avocado dan chocolate mousse. Melihat pie avocado itu membuat Izwan tersenyum mengingatkan perkelahan pagi mereka tadi. Tetapi dia tidak mengambil pie avocado tetapi ingin mencuba chocolate mousse. Sekarang ini dia sudah tahu kesemua dessert telah di sediakan oleh Siti Hajar, jadi Dia ingin mencuba semuanya. Mesti kemanisan dessert ini sama seperti manisnya Siti Hajar.
Setelah mengambil makanannya, Izwan mengambil tempatnya di tepi dinding kaca. Tempat ini sudah menjadi tempat kesukaannya. Seperti tempat makan Mr Smith. Izwan sudah sudah menjadikan meja makan yang dia gunakan sejak mula-mula dia ke situ sebagai meja makan tetapnya.
Sejurus kemudian, Azrul datang ke mejanya. Meletakkan pinggannya dan meghempaskan punggungnya ke atas kerusi. Azrul masih belum puas hati lagi rupanya. Izwan telah meninggalkan dia untuk bersama dengan Siti Hajar.
“Sampai hati kau tinggalkan aku. Kau pergi sorang-sorang sahaja. Mana aci macam ni. Kau makan sorang-sorang, tak mahu kongsi. Kalau aku, aku kongsi semua mak we aku dengan kau, “ Azrul mengerutu dengan panjang lebar. Bila kau dapat Siti Hajar, kau makan sorang, tak mahu kongsi dengan aku.
Izwan menendang `kaki Azrul kerana bercakap mengikut sedap mulutnya. Dia risau jika Siti Hajar mendengar kata-kata Azrul dan akan salah anggap terhadap dirinya. Siti Hajar sedang mengelilingi semua meja tetamu untuk menuangkan air ketika itu.
“Aduh! Sakit lah, kenapa kau ni.”
“Apa yang kau cakap ni. Kalau dia dengar nanti dia salah anggap dengan aku,” jawap Izwan mengawal suara seperti berbisik. “Apa makan-makan sorang ni. Aku cuma pergi ikut dia mengutip strawberri dan jalan-jalan ke kebun bunga. Jangan tukar something yang `so innocent’ kepada perkara yang biasa kita lakukan. Dia gadis baik. Aku tak mahu dia kecil hati nanti. Kau jangan salah anggap dengan dia Azrul. “
Azrul terdiam sejenak, hatinya panas memikirkan burung yang hendak di pikatnya kini telah berjinak-jinak dengan Izwan tetapi dia tidak menunjukkan rasa marahnya pada Izwan. Sebaliknya kepala otaknya ligat berfikir bagaiman dia boleh menang dengan Izwan pada kali ini. Dia sudah bosan, setiap kali dia akan kalah dengan Izwan. Tidak kira di mana dia akan jadi pilihan kedua selepas Izwan. Kali ini dia mesti menang. Izwan tidak boleh dapat Siti Hajar. Padahal dia yang hendak pikat Siti hajar. Sekurang-kurangnya kalau dia tidak dapat Siti Hajar, Izwan juga tidak boleh dapat Siti Hajar. Baru Adil!
“Okaylah aku minta maaf. Aku tahu kau memang tak pandang dengan orang tempatan. Bukan kelas kau betul tak? Aku iri hati dengan kau. Dengan aku, dia tak layan sangat. Tetapi dengan kau, beriya dia layan.”” Azrul memandang wajah Izwan yang hanya terdiam mendengar kata-katanya. Dalam pada Azrul hendak tahu berapa jauh perhubungan Izwan dan Siti Hajar. Azrul mahu menerbitkan jurang antara Izwan dan Siti Hajar. Dia memandang wajah Izwan, wajah Izwan yang serious sukar di baca. Azrul tertanya-tanya dalam hatinya, seriouskah Izwan dengan Siti Hajar? Dia sudah terlambat ke untuk menjauhkan mereka berdua? Apa pun dia mesti cuba. Lagipun dia kenal Izwan. Izwan pantang di cabar. Itu kelemahannya dan itu akan jadi alat untuk Azrul menang kali ini.
“Izwan, don’t tell me...!” Azrul sengaja menyucuk Izwan. Dilihatnya wajah Izwan berubah. Betul juga tekaan Azrul. Dia kemudiannya mengeleng-gelengkan kepalanya. Jika betul jangkaan nya, dia betul-betul tidak percaya. Tetapi ini tidak boleh dibiarkan berlaku.
“Mengarutlah kau….” Izwan pada mulanya cuba mengelak.
“Aku mengarut.. Aku tengok kau yang lain.”
“I don’t know Azrul. This girl is different,” akhirnya Izwan mengaku tentang pergolakan di hatinya.
Berderau darah Azrul mendengar pengakuan Izwan. Ini tidak boleh jadi!
“Come on Izwan. Kau jangan langgar prinsip kau sendiri. No local girls. Bukan?” Azrul seperti tidak percaya dengan kata-kata Izwan. Tindak mungkin Izwan sudah mula jatuh hati dengan gadis seperti Siti Hajar. Izwan sendiri tahu risikonya.
“Come on Izwan. Ini semua just for passing time aje. Kau tu kebosanan di sini. Kau kena ingat kita di sini pun cuma sebulan lebih sikit sahaja lagi. Lepas tu kita balik KL. Masa tu kebosanan kau pun akan hilang. Itu yang kau sering nasihatkan aku.”
Melihat Izwan masih berdiam diri dan berfikir, wajahnya di tundukkan sambil memerhatikan makanan yang terhidang di hadapannya. Azrul terus mendesak . Dia tidak boleh membiarkan hubungan antara Izwan dan Siti Hajar terjalin. Satu sebab ini bermakna dia akan kalah lagi dengan Izwan, dua kerana dia tahu perhubungan sebegini tidak akan kekal. Izwan akan balik ke tempat asal tidak lama lagi. Balik ke tabiatnya selama ini. Siti Hajar bukan sesuai dengan orang mcam Izwan.
“Siti Hajar bukan gadis yang fit your taste. Ini budak tempatan, di Kampung Raja. Orang kampong! Kau tak ingat ke your taste is those elegant and sophisticated ladies di KL. Gadis yang tahu what they want and go for it. Gadis yang only want fun. And don’t demand anything else. Bukan macam gadis seperti Siti Hajar, entah-entah dia sudah mengharapkan dia kawin dengan dia. Mati kau! Itu bukan yang kau hendakkan. Sedarlah Izwan….Siti Hajar tidak sesuai untuk kau. Kau hanya mahu gadis-gadis sophisticated yang ada di KL. Ingat! Kau bukan serious dengan Siti Hajar. Nanti kalau dia syok dengan kau macamana? Entah-entah dia sudah perasaan dengan kau. Ingat kau hendak dia? Apa kau hendak buat!” Suara Azrul agak tinggi sedikit.
Mendengar suara Azrul yang agak keras, Izwan yang sedang tundukkan memandang pinggan nasinya, terus mengangkat wajahnya itu, menjeling tajam wajah Azrul, mahu dia menyuruh Azrul menutup mulutnya, agar jangan berkata apa-apa lagi. Takut ada orang yang mendengar perbualan mereka. Tetapi terus terdiam, kaget melihat Siti Hajar sudah berdiri di sebelah Azrul. Dia tidak sangka Siti Hajar berada terlalu hampir dengan meja mereka.
“Selamat tengahari Encik Azrul dan Encik Izwan. Nak order minuman lain,” tanya Siti Hajar lembut, suaranya begitu ceria sekali. Tangannya menuang air kosong ke dalam gelas yang terdapat di hadapan mereka. Izwan tidak dapat membaca dari air muka Siti Hajar sama ada dia telah terdengar kata-kata Azrul tadi.
Azrul juga terdiam apabila mendengatr suara Siti Hajar di sebelahnya, dia tidak sangka Siti Hajar berada terlalu hampir dengan mereka. Dia paksa juga dirinya supaya memberikan senyuman kepada Hajar. Siti Hajrf membalas senyumannya, seperti biasa. Tidak ada tanda-tanda yang Siti Hajar terdengar kata-katanya itu. Nasib baik mereka baik sekali.
“Tidak! Cukup dengan air kosong sahaja,” balas Izwan serious. Siti Hajar terus berlalu ke meja-meja tetamu yang lain. Azrul dan Izwan berpandangan tanpa banyak bicara. Izwan berharap sungguh agar Siti Hajar tidak mendengar kata-kata Azrul. Dia tidak mahu Siti Hajar salah anggap dengan dirinya.
**********************************8
Malam itu Izwan tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata Azrul terngiang-ngiang di kepalanya. Dia sendiri bingung dengan dirinya. Memang betul, dia sendiri sudah melupakan prinsip yang dipegang teguh olehnya selama ini. Dia sudah lupa rupa wanita-wanita yang sering di dampinginya. Wanita bagaimana yang menjadi pilihannya. Kini hanya wajah wajah Siti Hajar sentiasa di kepalanya, senyumannya, kelembutannya, matanya yang besar penuh dengan ekspressi. Izwan ingin memiliki gadis itu.
Selepas mereka selesai makan, Azrul terus menerus memberitahu Izwan yang apa yang dia lakukan itu salah. Mulanya Izwan tidak mahu terima kata-kata Azrl tetapi akhirnya dia terpaksa akui juga, kata-kata Azrul juga banyak betulnya. Selepas sebulan setengah dia akan pergi dari sini. Bagaimana selepas itu. Mungkin betul kata Azrul, ini semua kerana dia terlalu bosan. Mereka macam terpenjara. Pada masa ini orang macam Siti Hajar pun Nampak manarik. Sampai Izwan rasa dia sudah tertwan dengan Siti Hajar. Pada pendapat Azrul, semua ini hanya sementara sahaja.
Tetapi Izwan rasa tidak. Dia belum pernah rasa seperti apa yang dirasainya. Selama 25 tahun, selama di UK, selama dia kembali dan mula bekerja di Kl, dia belum merasa dirinya lengkap seperti sekarang ini. Siti Hajar seperti sebahagian dari dirinya yang satu lagi. Siti Hajar adalah pelengkap dirinya.
Azrul salah, dia tidak merasa bosan di sini. Sejak dari hari pertama bertemu dengan Siti Hajar, dia di serbu dengan berbagai perasaan, cemburu, sakit hati, marah, gembira, bahagia tetapi tidak sesekali perasaan bosan. Adakah dia jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Siti Hajar atau pada pandangan kali kedua- ketiga dan seterusnya. Tetapi dia tahu dia sudah jatuh cinta. Izwan tersenyum terkenangkan senyuman Siti Hajar. Satu perasaan sejuk mengalir dari dalam badannya ke hatinya. Dia memejamkan matanya, terbayang Siti Hajar sedang berdiri di bawah pohon rendang di tempat perkelahan mereka, dengan rambutnya yang ditiup bayu Cameron Highland.
Kata-kata Azrul terus mengusik jiwannya, seakan menyedarkan dirinya kembali. “Selepas ini, bila kau balik KL. Macamana?”
Satu lagi perkara yang Azrul bangkitkan ialah bagaimana dengan penerimaan emaknya. Sejak dari dulu emak Izwan telah nayatakn hasratnya, ingin menjodohkan Izwan dengan anak kawan baiknya Wan Anum. Sebab itu Izwan tidak pernah serious dengan mana-mana gadis. Dia hanya mahu fun sementara dia masih belum berkahwin kerana dia tahu akhirnya dia akan di jodohkan dengan Wan Anum.“
Izwan sedar Wan Anum memang jauh berbeza dari Siti Hajar. Seorang wanita yang cantik dan sofistikated. Tetapi Izwan tidak merasakan apa yang dirasainya bersama Siti Hajar dengan Wan Anum. Siti Hajar mempunyai kejelitaan dan keayuannya yang tersendiri yang begitu menarik pada Izwan.
Memang sebelum ini, Izwan rasa akhirnya akan berkawin juga dengan Wan Anum. Wan Anum cukup jelita, anggun sofistikated. Boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Clubbing sampai pagi pun dia tahan. Sama seperti Izwan. Wan Anum memang calon yang sesuai. Tetapi Izwan masih mahu kebebasannya. Satu hari bila dia sudah sedia berumah tangga, dia akan berkawin dengan Wan Anum juga akhirnya.
Azrul tahu mengenai Wan Anum dan hasrat emaknya. Sebab itu dia cuba menasihati Izwan.
“Takkanlah orang sofistikated macam kau ni, tiba-tiba boleh angau dengan Siti Hajar. Cuba kau fikirkan,” tegas Azrul lagi selepas mereka balik ke bilik Izwan pada waktu malam. Sepanjang petang dan malam mereka telah turun ke Brincang, melepak di Pub and Grill Hotel Heritage, sekirang-kurang ada gadis-gadis yang cantik-cantik yang sudi melayan mereka di situ. Sehingga lewat malam baru mereka pulang. Azrul puas hati kerana Berjaya membawa Izwan keluar dari pengaruh dan tarikan di Kelly’s Inn. Biar Izwan ingat kembali dari mana mereka datang. Tetapi berbeza pada Izwan pulak. Sepanjang masa dia di Brinchang, dia asyik terkenang Siti Hajar. Dalam hati Izwan masih tertanya-tanya sama ada Siti Hajar mencari nya terutaman sekali sewaktu makan malam tadi.
“Macam aku ni betul lah,” Azrul meneruskan hujah-hujahnya. “Taste dan expectation aku tak setinggi kau. Bukan macam … Jaguh kepada gadis-gadis di Kuala Lumpur tu. Siti Hajar tu bukan sekelas dengan kau.”
“Kau jangan anggap Siti Hajar tu macam tu. Kau jangan nak hina dia. Dia baik.She is in a class of her own.”
“Aku tahu. But not in your class. Aku bukan hina dia, tetapi kau dengan dia jauh beza. Kau boleh tahan ke hidup di bukit ni sampai bila-bila, kutip strawberri, tanam sayur. Juala sayur… Itu bukan kehidupan kau. Kau hidup bila kau pergi clubbing, party Hajar boleh kau bawa ke tepi dan ke tengah macam tu?” Azrul berhujah dengan panjang lebar.
“Aku tahu dia baik, cuma bukan untuk kau. Itu sahaja. Kau yang selalu nasihatkan aku jangan main dengan gadis tempatan. Ini kau pulak yang buat. “
“Aku bukan nak main-main. Aku rasa macam ada tarikan kepada dia.”
“Habis tu kau nak kawin dengan dia? “
Izwan diam sejenak. Dia tidak pernah terfikir hingga ke taraf itu. Dia cuma mahu memiliki gadis ini. Melihat pergelutan di wajah Izwan. Azrul dapat jawapannya.
“Come on man, don’t tell me, The great Izwan sudah jatuh cinta dengan local girl of Kampung Raja. Budak kampong.. Heh! Tak dapat aku bayangkan apa kata kawan-kawan kita nanti. Jaguh sudah kalah. Dengan Wan Anum kau tak kalah, dengan gadis Kampung Raja, tempat jin bertendang ni, kau kalah,” ejekan Azrul terngiang-ngian di gegendang telinganya.
Izwan terdiam, mendengar kata-kata Azrul. Azrul rasa dia sudah dapat mempengaruhi Izwan.
“Sudahlah Izwan, hari Sabtu minggu depan ni lepas kerja kita pergi Ipoh city. Okay kita enjoy sampai pagi. Di Ipoh pun not bad juga. The girls pun cantik-cantik juga. Masa tu baru kau akan sedar kau ni kena tegur dek puteri bunian Kampung Raja. Itu yang buat kau sasau. Don’t tell me zaman kegemilangan Izwan the Great sudah berkubur. Buat malu aje.. kalau orang tahu..”
Izwan terasa terpukul dengan sindiran Azrul. Kata-kata Azrul begitu mencabar egonya. Dia kena berbuat sesuatu. Dia akan menjukkan yang dia tidak ada apa-apa dengan SIti Hajar. Kata-kata Azrul itu betul. Perasaan dia pada Siti Hajar hanya sesuatu yang datang sementara dan akan berlalu tidak lama lagi. Dia bukan serious sangat dengan Siti Hajar. Sekadar mengisi ruang kosong sementara dia dia sini sahaja. Dia hanya suka-suka sahaja. Besok dia akan buktikan. Dia tidak ada apa-apa perasaan pun dengan Siti Hajar.
Dia juga akan bersama Azrul ke Bandaraya Ipoh hari Sabtu ni dan mereka akan mengganas semahunya di bandaraya Ipoh. Bila dia berada di kalangan gadis-gadis lain nanti, dia akan sedar yang perasaan yang dia ada pada SIti Hajar itu hanya sementara. Dia mesti buktikan dia masih lagi jaguh dan menjadi gilaan semua gadis. Dia akan tunjuk dengan Azrul yang Berjaya menawan semua gadis-gadis itu nanti.
4 comments:
bodoh lah izwan jika nak pertahankan prinsipnya...geram betul gan azrul pendengki tahap no 1, tak mau kawan senang, nak juga dia yg menang....nak lagi..best..!!!!!
memang bodoh lah izwan kalu dia buat macam tue....
jahatnyer azrul dan betapa bodohnyer izwan dengar jer apa yg azrul cakap..... benci la kat azrul....eeeee....
x suke azrul tp izwan lg bodoh termakan ckp izwan...cian siti hajar...citer alina haizar mmg sgt bestt..sentiasa lain dr lain...
Post a Comment