Thursday, April 7, 2011

Siapa Aku DI sisi Mu Bab 30

Bab 30
Sebelah wajahnya berbalut, manakala wajah sebelah kanannya juga kelihatan bengkak, walaupun sudah beberapa hari Siti Hajar keluar dari ICU. Wajahnya memang mengerikan. Izwan cuba supaya tidak terlalu memandang wajah yang sudah bengkak itu. Dia tahu Siti Hajar selalu marah, bila orang pandang wajahnya yang buruk itu.
“Apa kabar..” Soal Izwan.
Sebelah matanya kirinya sahaja yang kelihatan. Nampak terkejut melihat kehadiran Izwan. Dia kelihatan tidak senang dengan Izwan.
“Macamana sekarang?”
“Baik..” Jawab Siti Hajar, perlahan. Hampir Izwan tidak dengar suara Siti Hajar. Izwan lantas ambil kerusi dan duduk di sebelah katil Siti Hajar. Nampaknya Siti Hajar tidak selesa dengan kehadiran Izwan. Matanya memandang dengan penuh syak pada Izwan.
“Bagus.”
“Kenapa Encik Izwan di sini. Macamana Encik Izwan tahu saya di sini?”
Sejak dia keluar dari ICU, Pak cik Suhaimi idak beritahu apa-apa pada Siti Hajar tentang kedatangan Datin Zaiton dan tidak jua memberitahu Siti Hajar yang Farhan di jaga oleh mak mertuanya. Dia Cuma beritahu bila Siti Hajar sudah sihat, dia akan membawa Farhan melawat Siti Hajar. Siti Hajar pula masih terlalu lali dengan ubat penahan sakit dan dalam masa yang sama, walaupun dengan ubat tahan sakit itu, dia masih lagi rasa kesakitan, jadi dia tidak banyak membantah.
Siti Hajar sedar semasa di dalam ICU dan sehari selepas itu dia dikeluarkan ke wad biasa. Walaupun Izwan tidak ada apa-apa perasaan pada Siti Hajar, tetapi elok jugalah tidak ada apa-apa yang berlaku pada Siti Hajar. Kalau tidak mesti banyak perkara lain yang akan timbul seperti masalah penjagaan Farhan. Semua itu Izwan tidak mahu fikirkan buat masa ini. Yang penting dia hanya mahu selesaikan masalah jangka pendiknya dulu. Pasal permintaan Datin Zaiton. Itu sahaja! Dan sebab itu sahaja dia kini berada di dalam bilik wad Siti Hajar ketika itu.
“Saya ada perkara yang hendak berbincang sikit dengan Puan Siti Hajar. Boleh? Kalau Puan Siti Rasa tidak berapa okay, saya akan tangguhkan sahaja perbincangan ini.”
“Apa dia?”
“Apa perkara penting!” Jawab Izwan dengan nada kurang sabar. Banyak soal pulak perempuan ini. Sudahlah Izwan tidak suka dengan apa yang dia kena buat.
“Okay...kalau penting sangat... Cakap sahajalah. Baik selesaikan semuanya segera.” Kata Hajar, dia dalam keadaan tidak selesa dan mahu lelaki itu pergi dengan segera. Tetapi lebih baik dia cakap apa yang dia hendak katakan dan kemudian pergi sahaja.
Apa yang Siti Hajar tahu, selepas ini dia tidak mahu bertemu dengan Izwan lagi. Dia sudah tidak ada apa-apa hendak dibincangkan dengan ZIwan. Izwan sudah katakan apa yang dia hendak katakan. Siti Hajar sudah pun menganggap Izwan, suaminya sudah tidak ada lagi. Sekarang ini apa lagi yang dia hendak. Kemudian Siti Haja terfikirkan anaknya Farhan, dia menjadi susah hati balik. Adakah mereka sudah tukar fikiran?
“Mana abah saya” Siti Hajar menjadi panic. Suara Siti Hajar makin nyaring. Dia makin tidak sedap hati. Apa sudah jadi dengan abahnya.
“Oh masa kami datang tadi, dia tak ada. Mungkin dia baru keluar. Dia sudah lama berada di sini.”
Siti Hajar terdiam, sudah beberapa hari Pak cik Suhaimi menunggu dia di hospital ini. Mesti abahnya penat juga, abah juga kena rehat. Kesihan pulak bila Siti Hajar fikirkan tentang abahnya.
“Mana anak saya?”
“Farhan dengan papa.”
“Oh! Dengan Dato Ibrahim..? Kenapa dia dengan Dato Ibrahim?” Soal Siti Hajar, Dia makin susah hati. Dia mencapai remote controluntuk memanggil jururawat bertugas. “Puan Siti Hajar hendak buat apa ni.”
“Saya hendak panggil nurse.”
“Buat apa?” Soal Izwan, panas hatinya. Dia hendak berbincang dengan segera, perempuan ini banyak pula songelnya. Izwan terus mengambil remote itu dan meletakkan jauh dari Siti Hajar.
“Tolong…tolong saya hendak panggil nurse.”
“Kenapa? Awak hendak apa? Saya boleh ambilkan.” Kata Izwan.
“Encik Izwan, tolong… tolong jangan ambil Farhan. Kenapa Farhan ada bersama Dato Ibrahim. Tolong ENcik Izwan sudah janjikan.,, tidak akan ganggu kami. Tetapi saya takut keluarga ENcik Izwan hendak ambil Farhan. Orang yang berharta boleh buat apa yang dia suka.” Siti Hajar tidak percaya dengan Datin Zaiton. Dia sudah saksikan bagaimana Datin Zaiton memanipulasikan keadaan sehingga Siti Hajar tidak berdaya berbuat apa-apa. Dia sanggup buat apa sahaja. Itu kelebihan yang ada pada orang yang berkuasa dan berduit. Perbezaan inilah yang wujud antara Izwan dan Siti Hajar. Siti Hajar tidak sedar akan darjat dan kedudukan berbeza antara mereka berdua. Mungkin semua ini memang salah Siti Hajar.

Semasa berkahwin dengan Izwan dulu, Siti Hajar tidak mengetahui yang Izwan adalah anak seorang kaya dan kini bergelar Dato. Kedudukan mereka jauh berbeza. Sebab itu Datin Zaiton sangat bencikan dirinya. Siti Hajar tidak sedar semua itu. Dia cuma tahu dia cintakan Izwan. Dia seharusnya sedar akan dirinya yang tidak layak untuk mendampingi orang seperti Izwan. Tengok apa yang telah berlaku ke atas dirinya sekarang. Masalahnya tidak pernah selesai. Sekarang ini dengan harta dan kedudukan yang mereka ada, mereka boleh cuba merampas kebahagian dan permata yang ada dalam hidupnya.

“Boleh diam dan dengar apa yang hendak saya katakan.” Kata Izwan dengan tegas. Dia hilang kesabarannya, dia sudah banyak buang masa.
Siti Hajar mengeluh buat kesekian kalinya dan memandang sekelilingnya. “Adakah kita hendak bincang pada penceraian kita? Saya prefer kalau peguam saya hadir.”
“Saya hendak bincang sesuatu dengan Puan Siti Hajar dulu.”
“Saya tak mahulah macam ni. Saya prefer kalau perbincangan di adakan dengan hadirnya peguam. Kalau boleh saya hendak Azrul ada di sini. Macam ni saya takut Encik Izwan akan take advantage.”
“Ini penting. Kita kena bincang dulu. Ini adalah antara kita berdua sahaja. Tidak perlu ada campur tangan orang lain dulu. ” Kata Izwan tegas. Berdesing telinganya mendengar Siti Hajar mahukan Azrul dalam perbincangan mereka.

“Ok apa dia?”
“Saya mahu buat deal dengan Puan Siti Hajar. Ini penting.”
“Tak mahu…saya tak mahu deal apa-apa dengan ENcik Izwan. Encik Izwan sudah janji tidak akan tuntut Farhan. Sekarang apa pulak?”

“Saya tak lupa…. Puan Siti Hajar yang tidak ingat.… saya sudah katakan kalau Puan Siti Hajar ikut arahan saya, saya tidak akan ganggu Puan Hajar lagi dan juga Farhan. Ingat!”
Siti Hajar mengangguk perlahan-lahan. Dia kemudiannya memandang ke arah pintu bilik wad ini. Boleh ke dia turun dari katil ini dan bergerak keluar dari situ. Dia takut dengan Izwan, takut hendak dengar apa yang Izwan hendak cakapkan. Dia rasa dia akan hilang sesuatu kalau dia biarkan dirinya mendengar dengar cakap Izwan. Dia juga yang akan rugi juga selepas ini. Siti Hajar hendak mengangkat kakinya tetapi kakinya masih sakit. Dia tidak mungkin dapat jalan sehingga ke pintu. Kemudian dia menoleh ke arah Izwan. Nampaknya dia kena merayu lagi dengan Izwan. Dia yang lemah, dalam hal Muhammad Farhan dia jadi lemah dan Izwan nampaknya suka bila Siti Hajar lemah begitu. Dia nampaknya mahu berkuasa. Untuk Muhammad farhan..Siti Hajar tidak ada jalan lain.

“Tolong jangan mendera kami lagi. Janganlah nak menindas kami lagi. Tolong jangan ambil Farhan dari saya. Cuma tolong lepaskan saya. Biar kami bina hidup baru selepas ini. Kami juga berhak untuk hidup bahagia. Saya cuma ingin meninggalkan semua kenangan pahit ini di belakang. Tolonglah.” Rayu Siti Hajar lagi sambil menyusun kedua tangannya meminta belas Izwan.

Izwan geram sahaja dengan cara Siti Hajar memohon kepadanya, membuatkan dia rasa seperti seorang yang sangat kejam. Siti Hajar pohon agar Izwan jangan menanggangu hidupnya lagi. Siti Hajar mahukan kebebasan untuk bersama orang yang di cintainya. Azrul! Sakit juga hati Izwan mendengarnya. Walaupun dia sendiri hendak bebas dari Siti Hajar, tetapi cara Siti Hajar merayu, seperti Izwan teruk sangat. Adakah itu yang sebenarnya perasaan Siti Hajar pada dirinya. Dia seorang yang kejam dan tidakberperikemanusian.

“Saya memang bercadang hendak settle semua ini dengan segera. Tetapi ada masalah sikit dan saya mahu Puan Siti Hajar ikut cakap saya dan saya berjanji akan settlekan semua ini selepas itu.” Kata Izwan. Siti Hajar terasa darah sejuk mengalir ke seluruh tubuh badannya. Dia mengigil ketakutan.

“Apa yang Encik Izwan hendak dari saya?
“Adakah Puan Siti bercadang untuk berkawin dengan Azrul?”
“Itu tidak ada kena mengena dengan Encik Izwan!”
“Ah.. ahh .ahh. Puan Siti kena ingat saya ni masih suami Puan Siti.” Ujar Izwan.
“Cuma pada nama, Encik Izwan tidak kenal siapa saya. Tak ingat yang kita pernah bersama hidup sebagai suami isteri.” Kata Siti Hajar. Apa lagi yang Encik Izwan hendak dari saya. Boleh kita selsaikan semua ini segera?”


“Memang saya hendak settle semua ini. Tetapi mama dan papa saya, teruatama sekali mama. Mereka mahukan Farhan.
Siti Hajar menarik nafas dalam-dalam. Apa yang dia jangka akan berlaku, berlaku juga.
“Tidak….”
“Mereka akan menuntut hak penjagaan penuh Muhammad Farhan.” tiba-tiba Izwan bersuara memberitahu sekali lagi hasratnya. “Adakah Puan Siti Hajar rasa, Puan Siti Hajar boleh dapat hak penjagaan over Muhammad Farhan?”
“Tidak! Jangan buat macam tu, Encik Izwan. Tolong jangan buat begitu.”
Suara Siti Hajar yang keras tadi kini bertukar menjadi merayu-rayu. “Tolonglah En Izwan. Jangan buat macam tu. Why you want to do this?”

“Bukan saya, Saya sudah cakapkan. Mama saya yang hendak berbuat demikian, sebab Muhammad Farhan waris kami. Lagipun Puan Siti Hajar boleh mendapat anak lain apabila berkawin dengan Azrul. Mereka mahukan Muhammad Farhan . Saya juga akan berkahwin dengan orang lain, mereka berpendapat kalau kita tidak bersama lagi, kita berdua tidak sepatutnya menajdi ibu bapa Farhan. Farhan tidak sepatutnya hidup begitu. Meraka akan menjaga Farhan dengan baik. Puan Siti Hajar tak mahukah dia dilimpahi semua kekayaan ini.” Ulas Izwan, apabila dilihatnya Siti Hajr mendiamkan dirinya, Izwan menyambung lagi. “Berbanding dengan mereka, apa yang Puan Siti Hajar boleh berikan?”
“Kasih sayang,” jawap Siti Hajr perlahan, dia terasa akan kalah jika memang kes ini dibawa ke mahkamah. Izwan dan keluarga boleh mendapatkan khidmat peguam terbaik untuk mencari jalan untuk menang. Apa yang Siti Hajar dan keluarganya ada. Kalau ada yang Siti Hajar tahu mengenai Datin Zaiton, dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia hendak.
“Itu pun mereka boleh berikan.”
Mata Siti Hajar kelihatan ketakutan. Badannya mengigil. Dia tidak boleh menghadapi semua ini. Dia seperti berada di dalam mimpi ngeri. Sekejap lagi dia akan terjaga dan mendapati dia selamat berada di Kelly’s In Kampung Raja dan bukan di bilik wad ini bersama Izwan. Dia bagaikan sudah terperangkap di sini. Dia tidak mahu dengar apa yang Izwan hendak cakapkan lagi. Tetapi dia tidak boleh berjalan keluar dari sini.

“Please, please En Izwan. Saya tidak minta apa-apa pun dari En Izwan. Saya cuma minta jangan ambil Farhan dari saya.”

Melihat buat sekian kali Siti Hajar merayu-rayu demi anaknya tidak memberikan kepuasan kepada diri Izwan. Dia hanya mahu segerakan semua ini.

“Saya pun tidak berminat untuk berbuat demikian. Ini semua kehendak kedua mama dan papa saya. Oleh itu saya ada satu tawaran untuk Puan Siti Hajar. Fikirkannya. Kalau Puan Siti Hajar sanggup ikut rancangan saya. Saya rasa akan berjaya buat mereka tidak akan proceed dengan tuntutan hak penjagaan sepenuhnya. Tetapi selepas ini saya masih mahu visitations rights on Muhammad Farhan, bukan untuk saya tetapi untuk mama dan papa. Setuju?’

“Apa dia?” Cepat-cepat Siti Hajar bertanya kembali. Lega rasanya, dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan Izwan jangan menuntut hak penjagaan sepenuhnya ke atas Farhan. Apa sahaja.

“Saya mahu PuanSiti Hajar dan Muhammad Farhan tinggal dengan saya selama beberapa bulan ini sebelum mama dan papa saya pergi ke Mekah.”

“Apa? Soal Siti Hajar, tidak percaya dengan apa yang dia dengari. Dia rasa dia telah salah dengar, atau ubat tahan sakit yang di ambil, buat dia berhalusinasi. Entah-entah Izwan yang berada di depan matanya juga adalah satu halusinasi. Semua ini adalah igauan Siti hajar sahaja. Tidak ada sesiapa yang akan Farhan dari dirinya sebenarnya.

Sit Hajar penjamkan matanya dengan harapan bila dia buka matanya nanti, halusinasinya hilang dan bayangan Izwan sudah tidak ada di hadapan matanya lagi. Setelah memejamkan matanya, Siti Hajar menarik nafas panjang-panjang, dengan lebih oksigen dalam sistemnya, Siti Hajar menjadi lebih tenang. Lebih baik dia terus pejamkan matanya dan berehat. Dia kena cepat pulih. Doktor telah memberitahu dirinya yang dia sudah kena mula melatih kakinya. Esok dia kena jalani latihan fisioterapi ringan. Siti Hajar rasa dia masih belum boleh gerakkan kakinya tetapi terpaksa mengikut arahan doctor. Ini untuk kebaikan dirinya juga. Siti Hajar terus memejamkan matanya, lebih baik dia tidur sahaja dari di datangi halusinasi yang pelk-pelik begini.
“Puan Siti Hajar!” Izwan memanggil namanya. Tidak sabar dengan reaksi Siti Hajar yang telah memejamkan matanya.
Siti Hajar membuka matanya kembali. Izwan masih lagi berada di hadapannya. Dia bukan berhalusinasi.
“Puan Siti Hajar, boleh kita habiskan perbincangan kita, lepas itu Puan Siti Hajar boleh berehat.
“Encik Izwan masih ada di sini? Saya ingat saya sedang ubat yang saya makan tu buat saya bayangkan yang bukan-bukan.”

“Ini bukan mimpi. Janagan buang masa lagi. Dengar tak apa yang saya cakap tadi….”
“Dengar…tapi saya ingat itu semua macam dalam mimpi….”
“Boleh focus tak? Ini hal serious. Bukan main-main. Lainlah kalau Puan Siti Hajar tidak interested untuk dapatkan hak penjagaan Muhammad Farhan. Lebih baik saya pergi. Apa yang terjadi selepas ini jangan salahkan saya.”

“Ehh…. Encik Izwan… nanti dulu… Boleh Encik izwan cakap balik apa dia yang Encik Izwan hendak dari saya. Saya memang tak boleh focus sangat. Saya masih lali dengan ubat penahan sakit yang mereka berikan pada saya.

“Huhhh…..” Izwan sudah hilang sabar, sama ada perempuan ini sengaja buat-buat tidak dengar dengan kata-kata Izwan atau dia memang masih terlalu banyak ambik tahan sakit. Apa pun Izwan mahu selesaikan sekarang juga. Bukan senang dia hendak buat apa yang hendak dia lakukan. Jadi dia hendak semuanya selesai. Lebih cepat lebih bagus. Selepas ini dalam masa beberapa bulan dia kena berlakon depan kedua ibu bapanya pulak. Semua ini sudah terlalu berat bagi Izwan. Perempuan itu hendak buat-buat tidak focus dengan perbincangan mereka pulak.

“Saya kan straight to the point aje okay… Mama saya tiba-tiba terasa yang dia terlalu banyak dosa dengan Puan Siti Hajar, sebelum dia ke Mekah dia mahu menebus dosanya itu. Dia telah meruntuhkan rumah tangga kita. Dia mahu kita kembali hidup sebagai suami isteri. Itu sahaja cara dia boleh tebus dosanya. Saya terpaksa lakukan semua ini untuk memenuhi harapan mama saya, kalau tidak dia rasa dia tidak tenang.”

Siti Hajar hanya mendiamkan dirinya. Dia tunduk, tidak jelas kelihatan sahaja dia dengar atau tidak kata-kata Izwan tadi. Dia sudah tidur kembalikah. Izwan naik geram dengan Siti Hajar. Siti Hajar sengaja mahu dia ulang-ulang balik oermintaanya itu agaknya. Mahu Izwan merayu dengan agaknya. Izwan tidak akan merayu dengan dia. Kalau dia tidak mahu, tahulah macamana Izwan akan manipulasi keadaan. Perempuan itu jangan sesekali pernah fikir yang Izwan akan kalah dengan dia, sehingga dia hendak ambil kesempatan dalam hal ini.

“Saya rasa tak perlu semua ini. Saya tak mahu berada dekat-dekat dengan Encik IZwan atau keluarga Encik Izwan. Tolong beritahu Datin yang saya sudah lupakan semua yang berlaku. Okay katakan yang saya sudah maafkan dia.”
“Macam tidak ikhlas sahaja ..kemaafan Puan Siti Hajar itu.” Geram Izwan tengok perempuan yang sedang bersandar di katilnya itu, dalam lemah-lemah begitu masih berlagak.”
“Bukan tidak ikhlas… saya sudah lama lupakan semua.. Lagipun kalau difikir-fikirkan tindakan Datin memang betul …Apa yang dia jangka akan berlaku memang berlaku pun.”
“Apa dia?”
“Dia tahu kita tidak akan bahagia bersama sejak awsal lagi. Bayangkan kalau saya masih desak untuk tunggu Encik Izwan ingat saya, merempat di rumah keluarga Encik Izwan. Mesti ramai yang merana, terutama sekali Farhan, Kerana Encik IZwan sampai sekarang tidak ingat akan saya. Tidak akan mengaku Farhan anak Encik IZwan. Saya memang rasa apa yang Datin Zaiton buat adalah yang terbaik boleh dilakukan oleh seorang ibu. Dan dengan itu, saya juga boleh bina hidup baru dengan orang yang menghargai saya. Ini adalah yang terbaik. “
“Saya sudah cakapkan ini yang terbaik yang dia telah lakukan. Tetapi dia tetap berdegil.” Kata IZwan. Sakit juga hatinya mendengar pengakuan Siti Hajar. Siti Hajar sendiri mengaku perkara yang terjadi ini adalah yang terbaik untuk dirinya.
“Memang ini yang terbaik bagi saya dan Farhan. Syukur Alhamdullillah. Tolong beritahu dia … Dulu saya tidak mengerti apa yang tuhan takdirkan pada saya, mungkin saya ada kecil hati dengan apa yang dia lakukan tetapi sekarang baru sahaja tahu, ini semua sudah tuahn tentukan untuk saya dan saya tahu sekarang rahmatnya. Malahan saya rasa saya yang harus cakap terima kasih dengan dia.” Kata Siti Hajar lagi, perlahan sahaja cakapnya tetapi sakit juga hati IZwan dibuatnya. Berlagak juga perempuan ini. Dalam dia berkeadaan begitu, Izwan rasa dia tidak berhak untuk berlagak dengan IZwan dan keluarganya. Walaupun dia macam Siti Hajar, tidak suka dengan semua itu, tetapi dia tidak akan benarkan Siti Hajar rasa menang dalam hal ini, dengan mengikut kehendak Siti Hajar.

“Ini keputusan mama saya, saya pun kalau boleh tak mahu buat begini. Tetapi saya tidak ada pilihan lain. Dan saya rasa Puan Siti Hajar juga tidak ada pilihan lain.”

“Tak perlu buat seperti yang Encik Izwan katakan. Biar saya jumpa Datin Zaiton.” Siti Hajar masih lagi cuba mengelakkan dirinya dari terlibat dengan rancangan Izwan itu.

“Terpulang pada awak Puan Siti Hajar. Saya cuma memberikan jalan keluar dari masalah ini. Mama saya sudah nekad untuk buat apa dia katakana. Jangan salahkan saya kalau Dia buat apa tuntutan hak penjagaan Farhan. Satu court battle yang panjang… dan berakhir dengan kemungkinan hak penjagaan Farhan menjadi milik mereka.”
Siti Hajar terdiam lama. Adakah Siti Hajar ada jalan lain?

“Kenapa Encik Izwan buat semua ini?”

“Bukan saya, saya pun tersepit juga… Jangan sesekali ingat saya suka buat ini. Saya buat ini supaya selepas ini saya tidak berurusan dengan Puan Siti Hajar lagi. Biar mama dan papa sedar yang kita sudah mencuba dan tidak Berjaya. Selepas itu mereka akan desak kita lagi. ”

“Apa rancangan Encik Izwan sebenarnya?” Soal Siti Hajar. “Apa yang Encik Izwan hendak saya buat?”

“Selepas Puan Siti Hajar discharge saya mahu Puan Siti balik ke rumah saya.” Kedengaran Siti Hajar berdesis mendengar kata-kata Izwan. Tetapi Izwan buat tidak perduli dan meneruskan kata-katanya.

“Kita hanya perlu duduk bersama dalam masa beberapa bulan sahaja sebelum mama dan papa pergi menunaikan ibadat haji. Apabila mereka pulang nanti saya akan beritahu mereka kita sudah mencuba dan rasa tidak ada kerasian untuk bersama lagi. Itu sahaja!”
“Itu sahaja?”
“Iya itu sahaja, selepas ini kita akan proceed dengan our original plan, Farhan bersama Puan Siti Hajar, cuma beberapa lawatan oleh datuk dan neneknya.”
“Datuk dan neneknya sahaja. Encik IZwan tidak?”
“Oh no…. I want a clean break..no complications. Anyway visitation rights inipun kalau mama dan papa hendak. Mungkin after some time, kalau mereka sudah ada cucu lain, mereka tidak menggangu Puan Siti Hajar lagi.” Siti Hajar terasa dengan kata-kata Izwan, tetapi dia tidak bertindabalas dengan kata-kata Izwan itu, yang penting mereka tidak ambil Farhan.
“Saya harap begitulah juga..”
“Jangan risau…. Okay… Puan Siti Hajar setuju ikut rancangan saya…?“
“Nampak macam itulah… yang penting pada saya hanya Farhan.
“Bagus kalau macam tu…. “
“Itu sahaja yang ENcik Izwan mahu katakan? Soal Siti Hajar….
“Ada lagi..…yang saya hendak pesan dengan Puan Siti Hajar. Memang harapan kedua mama dan papa agar kita kembali bersama. Tetapi Puan Siti Hajar pun, janganlah dalam diam-diam harapkan apa-apa dari arrangement sementara kita ini. Sebab itu tidak akan berlaku. Jangan mengharap kerana Puan Siti Hajar akan kecewa. Deal kita hanya sehingga hari mama dan papa pergi ke Mekah, selepas itu you dan I will be free to go on with our lives.”
Siti Hajar mengetap bibirnya mendengar kata-kata sinis Izwan.
“Saya rasa lebih baik Puan Siti Hajar rahsiakan juga hal ini dari abah Puan Siti Hajar. Biarkan kita selesaikan masalah ini antara kita sahaja. Dengan Azrul, it is up to you to explain the situation to to him. Tetapi semasa Puan Siti Hajar di rumah saya, tolong jauhkan dia dari datang ke rumah saya. Puan Siti Hajar juga tidak sepatutnya senang-senang berjumpa dengan dia di luar. Saya tidak mahu menimbulkan syak wasangka pada mama dan papa saya.”
Siti Hanay mendiamkan diri mendengar katak-kata Izwan.

“Okay … saya kena balik untuk beritahu mama saya yang kita telah kembali bersama. Mesti dia suka. Bila Puan Siti Hajar akan discharge dari sini, saya akan datang ambil Puan Siti balik. Boleh minta family PUan Siti di Kampung Raja kemaskan barang-barang Puan Siti dan Farhan. Semua urusan yang lain saya uruskan.” Kata Izwan, tanpa membuang banyak masa lagi.

“Okay.. .” Izwan terus melangkah untu keluar dari bilik itu.
“Ohh… Encik Izwan… sebelum itu….saya juga ada beberapa perkara yang saya ingin katakana sebelum kita mulakan rancangan ini.” Suaranya perlahan tetapi agak tegas.
Langkah IZwan terhenti, dia menoleh kea rah Siti Hajar semula.
“Saya hendak Encik Izwan janji dengan saya. Sebaik sahaja Dato Ibrahim dan Datin Zaiton berangkat, kami berdua keluar dari rumah itu. ENcik Izwan akan tunaikan janji dan akan urusan dokumen permohonan saya tanpa ada apa-apa syarat lagi. Kami berdua akan hidup tanpa gangguan Encik IZwan lagi selepas ini. Setuju!”
“Setuju!”
Satu lagi saya mahu dua-dua pihak faham..supaya ENcik IZwan jangan salah anggap lagi dengan saya.”
“Apa Dia?” Soal Izwan.
“Selama empat tahun ini saya menanti suami saya untuk kembali pada saya.”
Izwan mengeluh, balik-balik tentang kisah empat tahun yang dia tidak ingat lagi. Dia ingat Siti Hajar sudah ada kesefahaman dengan dia yang mereka tidak akan timbul lagi kisah lama mereka berdua.
Siti Hajar tahu Izwan sudah jemu hendak mendengar kata-katanya lagi tetapi dia mahu persefahaman ini di capai. Dia tidak suka Izwan asyik ungkit pasal lama. Izwan mesti tahu pendiriannya juga dalam hal ini. Bukan IZwan sahaja yang tidak suka berada dalam keadaan ini. Siti Hajar juga tidak suka berada dalam keadaan ini. Izwan mesti faham kenyataan itu.
“Dengar sini baik-baik, saya setuju dengan rancangan Encik Izwan atas satu sebab sahaja. Muhammad Farhan! Kalau bukan sebab Muhamad Farhan, saya tidak akan buat semua ini. Yang saya pasti dan Encik Izwan mesti tahu yang saya buat semua ini bukan sebab saya mahukan kembali pada Encik Izwan. Hanya sebab Farhan. Sedikit pun tidak ada dalam hati saya mengharap agar kita bersama kembali. Hendak tahu kenapa? Saya hanya akan kembali pada suami saya. Encik IZwan bukan suami saya. Walaupun Encik Izwan serupa dengan suami saya, tetapi Encik Izwan bukan suami saya. Suami saya telah tiada lagi, diragut oleh kemalangan yang berlaku empat tahun lalu. Itu suami saya. Ini bukan suami saya!”
Izwan hanya mendiamkan dirinya. Siti Hajar menyambung lagi.

Jangan langsung cakap pasal kembali bersama. Saya tidak akan kembali bersama Encik Izwan walaupun Encik Izwan atau mama Encik Izwan atau sesiapa merayu dengan saya pun. Saya hanya akan kembali pada suami saya. Dan… dia sudah tiada lagi! Saya harap Encik Izwan faham dan jangan lagi ingat yang jauh di sudut hati saya saya masih mengharap dengan Encik Izwan. Sesekali tidak!”

Izwan terdiam memandang sahaja wajah perempuan yang baru sahaja mengenakan dia secukupnya. Tidak dapat di gamabrkan perasaan bencinya pada perempuan itu, tetap dia harus kawal dirinya. Dia perlukan perempuan ini untuk jalankan rancangannya supaya mamanya tidak lagi ganggu dia selepas ini. Tidak mengapa, kali ini perempuan itu rasa dia menang. Tunggu satu masa nanti, perempuan itu akan terkena juga dengan Izwan. Izwan menganggukkan kepalanya, mengetapkan bibirnya lalu berkata.
”Baik… “
“Sebelum saya lupa…Farhan adalah anak suami saya, bukan anak Encik Izwan…. Kalau Encik Izwan faham itu, kita boleh jalankan rancangan kita itu. Okay.”

“Bagus kalau kita semua sudah faham keadaan masing-masing. Sekarang kita boleh jalankan rancangan kita…. Bermula dengan papa di luar sana.” Izwan melangkah dengan yakin menuju ke pintu.
Read more »

Sunday, April 3, 2011

Siapa Aku Di sisi Mu Bab 29

Bab 29
Izwan bersiap sedia hendak ke pejabat. Dia turun ke bawah untuk sarapan pagi.  Di ruang tamu Datin  dan Dato sudah duduk di meja makan. Izwan terlupa pagi ini.  Farhan ada di rumah ini. Patutlah kedua mama dan papanya sarapan bersama.  Izwan tidak jadi hendak makan.  Malas dia hendak melihat kedua mama dan papanya dan kegembiraan mereka dapat bersama cucu mereka.  Kegembiraan yang melampau!   Ini semua sementara sahaja.  Mereka kena sedar dengan kenyataan itu.  Farhan bukan akan berada di sini selamanya.  Izwan patah balik dan hendak terus keluar dari rumah.
“Wan... mari makan dulu.”  Tegur Dato Ibrahim. “Tengok ni Farhan, awal-awal lagi sudah bangun, mari makan dengan dia.”
Langkah Izwan terhenti.  Izwan memejamkan matanya. Kejengkelan menyelubungi dirinya.  Dia sudah tanam dalam dirinya yang dia tidak mahu tengok muka Farhan lagi.  Dia tahu mama dan papanya berharap dia akan sayang dengan Farhan.  Tetapi Izwan memang tidak mahu itu terjadi.  Semua ini akan timbulkan lebih komplikasi.  Dia Cuma mahu ‘clean break’  apabila dia bercerai dengan Siti hajar.  Jadi buat apa dia hendak berkenal-kenalan dengan Muhammad Farhan.  Tetapi dia kena hormat dengan papanya.  Izwan berpatah balik dan berjalan menuju ke ruang makan. 
“Wan hendak cepat papa.  Wan tak mahu makan.”
“Aeiiiehhh...Duduk...Sarapan is the most important meal of the day.  Wan kena tunjuk contoh yang baik  depan Farhan ni.”  Tegur Dato Ibrahim.
“Farhan... cakap selamat pagi pada papa Farhan.”  Tegur Datin Zaiton.  Farhan mengangkat wajahnya dan memandang tepat pada Izwan.  Matanya yang besar itu begitu telus sekali,nampak begitu tenang sekali.
“Selamat pagi papa.”  Kata Farhan, kemudian dia terus memandang pada Izwan, menanti jawapan dari Izwan.  Membuat Izwan rasa serba salah.  Kedua-dua papa dan mama menanti reaksi dari Izwan.  Macam Izwan budak kecil.  Kena berkelakuan baik depan tetamu istimewa`mereka. 
“Selamat pagi.” Jawab Izwan. Kemudian Izwan duduk di kerusi bertentangan dengan Farhan. Dia terus ambil roti yang sudah di sapu mentega dan kaya dan makan tanpa berkata apa-apa lagi.  Datin Zaiton kecewa dengan reaksi dingin Izwan.  Kenapa keras sangat hati Izwan kini. Apa yang buat dia tidak mahu pandang langsung dengan Farhan.  Farhan tidak ada salah dalam hal ini. 
Selepas selesai makan roti, Izwan terus minum air kopi kemudian bangun untuk beredar.
“Eh cepatnya Wan,  tak hendak makan bihun ni.  Mama belum sempat cedukkan untuk Wan lagi.”  Tegur Datin Zaiton.
“Ta mengapalah Ma...” Wan sudah lambat ni......”   cuba menahan sabar dengan mama dan papanya.  Dia bangun dan tanpa berkata apa-apa dia beredar dari ruang makan.  Izwan tahu Farhan memandang sahaja Izwan bangun dan pergi tanpa memperdulikan dia.  Izwan tahu dia menunjukkan perangai yang buruk. Seperti dia yang berumur empat tahun. Manakala Farhan macam seperti orang dewasa,  begitu tenang sahaja melihat Izwan buat perangai.
Datin Zaiton tidak puas hati dengan kelakuan buruk yang ditunjukkan oleh Izwan. Manakala Dato Ibrahim macam sudah tidak perdulikan Izwan lagi. Dia sudah ada cucu kesayangannya di depan mata.  Dia sudah bahagia.
Datin Zaiton ikut Izwan sampai ke ruang tamu.
“Apa Izwan ni... Apa kata Farhan, Izwan buat tak perduli dengan dia.  Dia tu anak Wan tahu.”
“Wan tahu..dan Wan tahu apa yang mama dan papa lakukan. Hendak buat Wan jatuh sayang dengan dia macam mama dengan papakan...” Kata Izwan, dengan acuh tak acuh.  Wajahnya nampak seperti sudah jemu  dengan semua ini.
“Wan dengar sini...Petang ini Wan balik awal.  Kalau boleh sebelum pukul lima Wan balik!”
“Buat apa? Wan ada kerjalah mama.”
“Mama tak perduli.  Petang ini lepas Wan balik kita semua pergi ke Damansara Specialist Hospital.  Faham?”
“Kalau mama hendak pergi, Mama boleh pergi.  Wan tak mahu.  Wan bukan janji akan balik pukul lima.  Wan sibuk!”
“Tak pe...mama tunggu..pukul lima ke pukul enam ke, Mama tunggu juga.  Kita pergi malam nanti.”
“mama..malam ni tak boleh mama...”
“Kenapa?”
“Wan ada date dengan Suraya.”
“Astagafirullah Al Azim.....Itu lagi penting dari ini?”  Datin Zaiton sudah separuh menjerit.  Dato dan farhan terjenguk-jenguk kea rah mereka.
“Mama...hold your voice mama.  Dalam rumah ini ada tetamu istimewa.  Nanti apa kata dia dengar mama marah-marah macam ni.”  Izwan memeulangkan paku buah keras pada mamanya
“Wan ..Wan sudah melampau!  Mama kata Wan balik rumah!  Wan balik rumah!  Wan cancel sahaja date Wan malam ni.  Ini lagi penting. Ada orang sakit.  Bukan orang lain pulak tu.  Isteri Wan sendiri.  Mama Farhan.  Kenapa Wan boleh jadi macam ni?”  Ujar Datin Zaiton, suara sudah di perlahankan tetapi nadanya tetap marah.
“Ini semua kerja mama!  Wan tak suruh mama tanggung beban tu.  Siti Hajar tidak mahu kita sibuk-sibuk pasal diri dia. Mama yang pandai-pandai. Bawa budak tu balik sini. Mama jagalah dia.  Wan sudah awal-awal cakap. Wan tak mahu.”
“Apa kena dengan Wan ni.”
“Sudahlah mama..Wan hendak pergi kerja ni.  Dan Wan tidak akan pergi tengok dia pun dan Wan juga tidak suka budak tu duduk di sini”
“Wan tak perduli ke kalau apa-apa terjadi pada isteri Wan tu?”
“Tak!”
“Wan!  Sampai hati Wan cakap macam tu!”
“Wan tak ingat siapa dia.  Wan tak tahu  dia.  Tu budak dengan papa tu... semua stranger to to me?  Jadi ini bukan masalah Wan.  Dan Wan tak mahu tengok pun dia.  Wan tak perduli dengan Farhan Okay mama.  Wan hendak hari ini juga mama bagi dia balik pada keluarga.. pada datuk dia.    Kata Izwan dengan agak keras dan tinggi suaranya.   Izwan aykin Farhan dan Dato Ibrahim dengar kata-katanya tetapi dia tidak perduli.
“Wan.. kalau Wan anak mama, Wan balik juga petang ini.”  Wajahnya mula berubah dan  air matanya mengalir..... Izwan tidak mahu pandang wajah sedih mamanya lagi. Izwan terus berjalan keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta yang sudah menunggunya untuk membawa dia ke pejabat.
***************************************8
Keadaan rumah sudah sunyi sepi.  Hanya lampu Tanya yang terpasang.  Izwan agak semua orang sudah tidur.  Dia melihat jam di tangannya, sudah pukul dua belas malam.  Izwan baru sahaja menghantar Suraya balik ke rumah, kemudian baru dia balik ke sini.  Dia sengaja tidak balik ke rumah lebih awal.  Yang Izwan mahu, bila dia balik Muhammad Farhan sudah di hantar balik ke datuknya Pakcik Suhaimi.  Memang nampak macam apa yang di lakukan begitu kejam tetapi Izwan rasa itu yang paling baik.  Buat apa hendak perpanjang-panjang lagi masalah mereka.  Izwan sudah buat keputusan. Dia akan ceraikan Siti Hajar, Dia akan kawin dengan Suraya.  Siti Hajar juga sudah ada rancangan sendiri selepas bercerai dia akan kawin dengan Azrul.  Mereka akan jaga Farhan.  Semua orang akan ‘live happily ever after’. Sekarang mama dan papa pulak yang terlalu emosional dalam hal ini dan sudah tidak sabar kononya hendak menjadi nenek dan datuk kepada Farhan.
Izwan ingat Datin akan menunggunya dia ruang tamu untuk bagi ceramah lagi tentang perbuatannya hari ini.  Rupa-rupanya tidak ada sesiapa yang berada di ruang tamu.  Agaknya semuanya telah tidur.   
“Bagus!  No confrontation tonight.”  Izwan hendak masuk tidur.  Hari ini satu hari yang panjang dan sepanjang malam dia bersama dengan Suraya.  Melayan anak perempuan Dato Hisham.  Penat juga Izwan melayan Suraya, kalau ikutkan dia hendak balik awal sebaik sahaja makan malam tadi, tetapi disebabkan dia hendak mengelak dari mamanya, dia berpanjang-panjangkan lagi datenya dengan Suraya.  Lama kelamaan dia juga sudah habis modal untuk berbual. 
“Hmmm..bagaimana agaknya jika mereka sudah berkahwin nanti... Apa yang hendak di bualkan...Tidakkah hidup mereka nanti agak menjemukan. Tetapi apapun Izwan rasa Suraya adalah pasangan yang sesuai untuk dirinya.  Suraya cukup cantik untuk Izwan.  Berpelajarn tinggi dan yang penting berharta.  Cinta!  Selepas kahwin nanti,  cinta  akan datang.  Kata Izwan pada dirinya sendiri. 
Izwan naik ke tangga sampai di atas, dia terus masuk ke biliknya.  Dia ingin mandi, sembahyang dan terus tidur. 
“Encik Izwan!  Nasib baik ENcik Izwan sudah balik.  Bibik balik bilik bibik ye.”  Tegur bibik sebaik sahaja Izwan masuk ke dalam biliknya.
“Eh  kenapa bibik di sini?”  Izwan lihat di atas katilnya Muhammad Farhan sedang tidur lena. “Ehhh kenapa budak tu tidur sini?  Siapa suruh letak dia di sini?”  Soal Izwan meninggikan suaranya.  Dia tidak senang melihat Farhan tidur di dalam biliknya.  Apa lagi helah kedua mama dan papanya hendal lakukan.  Ini mungkin cara mereka hendak melembutkanhatinya terhadap farhan.  Izwan tidak suka dengan taktik kotor mereka itu.  Melihat Izwan sudah meinggikan suaranya, bibik takut tetapi dia beranikan dirinya untuk memberitahu keadaan yang sebenarnya.
“Dato’ yang suruh Encik Izwan.  Bibik hendak bawa dia tidur di bilik bibik tapi Dato’ Tak bagi, Jauh sangat bibik hendak angkat dia turun ke bawah.  Farhan sudah tidur lena.”
“Kenapa letak di bilik saya?  Dato dan Datin mana.  Kenapa tak tidur di bilik dia orang?”
“Memang dia tidur dengan Dato dan Datin, tapi  dekat pukul sebelas tadi Datin sakit ENcik Izwan.  Dia sesak nafas.  Bibik pun panic, sudah naik biru muka Datin.  Datuk cepat-cepat bawa pergi hospital.
“Iye ke..  Bohong sahaja kot?  Kalau betul kenapa tak telefon saya.”
“Sudah..Sudah banyak kali Dato telefon.  Bibik pun telefon.  Tapi Encik Izwan tak angkat.”
Baru Izwan ingat yang dia telah silentkan phonenya sebab tidak mahu mamanya menganggunya malam  ini.  Tepat sekali bila Izwan periksa balik telefon bimbitnya, ada 15 missed call.  Izwan rasa bersalah.  Dia tidak mahu Mama ganggu dia.  Memang mama tidak ganggu dia.  Mama tidak telefon Izwan pun, Cuma nombor panggilan dari papa dan dari rumah ini yang tertera dalam screen telefonnya.   Agaknya bila dia tidak balik petang tadi, Datin Zaiton kecil hati betul. 
“Mana dia orang pergi?  Hospital mana? “   
“Ampang Puteri.”
“Baiklah saya pergi ke sana sekarang juga!”
“Tak  tak  Encik Izwan.  Dato’ baru sahaja telefon.  Datin sudah masuk wad.  Doktor tahan dia.  Dato akan tunggu Datin di hospital.    Dato’ pesan Encik Izwan suruh jaga Farhan.  Bibik turun dulu ye.”  Bibik segera keluar dari bilik Izwan. Dia juga sudah keletihan, terpaksa berjaga hingga larut malam sebegini.  Selalunya dia sudah tidur pada pukul sepuluh setengah malam.  Esok pada pukul lima lagi dia sudah bangun untuk memulakan tugas hariannya.
Izwan terdiam lama setelah bibik beredar dari situ.  Dia memerhatikan tubuh kecil yang tidur di katilnya itu.  Izwan mengeluh panjang. Makin dia hendak elak dari Muhammad Farhan, makin dekat Muhammad Farhan dengan dia.  Akhirnya akibat dia juga sudah keletihan, dia masuk mandi, kemudian sembahyang dan terus naik atas katil untuk tidur bersama anak lelakinya itu.  Sambil berbaring mengiring, dia memandang wajah Farhan yang sedang tidur dengan nyenyak sekali.  Matanya tertutup rapat dan dia kelihatan begitu innocent sekali.  Seorang anak kecil yang tidak ada dosa dan salah. Izwan pandang lama-lama wajah yang sedang tidur itu.  Izwan berpendapat,  Farhan lebih mirip kepada wajah mamanya dari wajah Izwan sendiri.   Nasib Baik. Izwan kemudiannya terlena.
****************************************8
Bila dia terjaga, dia seperti memandang kepada matanya sendiri.   Sepasang mata yang cantik sedang memerhatikan dia tidur. Entah berapa lama dia diperhatikan.   Mereka berdua saling pandang memandang tanpa berkata apa-apa.  Izwan rasa berdebar memandang sepasang mata yang serupa dengan matanya itu.  Tetapi lawannya begitu tenang sekali memandangnya, tanpa berkelip-kelip.  Walaupun wajah itu tenang tetapi tidak pulak menunjukkan dia suka, wajah kecil itu tidak memberikan senyuman pun.  Seperti dia tahu yang Izwan tidak suka dengan dia, tidak suka dengan kehadirannya di situ.  Mungkin selama ini dia dengar kata-kata Izwan dan faham yang Izwan tidak suka dengan dia.  Izwan mula rasa bersalah.  Betul kata mama,  anak ini tidak bersalah.  Walau macamana Izwan tidak suka dengan mamanya, budak kecil ini tidak berdosa.  Izwan menghulurkan tangannya untuk memegang bahu Farhan. Farhan terus bangun dan duduk, mengelakkan dirinya dari di sentuh oleh Izwan.  Izwan terasa, rupa-rupanya kalau Izwan selama ini tidak suka dengan Farhan, Farhan juga tidak senang dengan dia.  Mungkin Farhan tidak mahu berada dalam keadaan ini tetapi disebabkan dia kecil dan tidak boleh bersuara, dia terpaksa mengikut sahaja kehendak orang yang lebih tua dari dirinya.  Tetapi dia mempunyai perasaan sendiri.  Walaupun ada dalam rumah ini, dan berperangai begitu sopan sekali dengan Datuk dan neneknya, dia sudah buat pendiriannya sendiri.  Dia tidak perlu berbaik dengan Izwan. Farhan turun dari katil dan berjalan ke arah pintu.
“Farhan!” Panggil Izwan. Farhan terhenti langkahnya dan menoleh ke arah Izwan, memandang lama. “Mari sini...” Kata Izwan sambil melambaikan tangannya ke arah Farhan.  Farhan tidak berkata apa-apa, menoleh ke hadapan, membuka pintu dan terus keluar dari bilik Izwan.  Dia berlagak seperti seorang yang ada harga diri dan tidak mahu berada dengan orang yang tidak suka dengannya.
Izwan baring semula dan memandang ke atas.  Tanganya memegang dahinya.  Jiwanya terusik dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.  Melihat reaksi Farhan terhadap dirinya, membuat dia sedar betapa buruk perangainya selama beberapa hari ini.  Dia banyak kali menyakitkan hati mamanya.  Sehingga Datin Zaiton masuk wad malam tadi.  Mesti Datin kecewa sangat dengan Izwan semalam, sehingga dia jatuh sakit.  Bila mengenangkan mamanya Izwan terus bangun.  Dia kena pergi ke Ampang Puteri untuk melihat bagaimana keadaan Datin Zaiton hari ini.  Dato’ Ibrahim pun bukan kuat sangat.  Kalau lama lagi Datin di dalam wad, Izwan kena ganti tempat Dato’.  Dato’ kena dapat rehat yang cukup. 
*********************************8
   “Apa kabar mama?  Sudah okay?”
Datin Zaiton buat-buat tidak dengar kata-kata Izwan.  Mendiamkan dirinya.  Izwan menghulurkan tangannya pada Dato Ibrahim.  Dato Ibrahim menyambut tangan Izwan.  “Papa sihat.”
“Buat apa Tanya?  Buat apa datang sini.  Pergilah kerja.  Pergi dating.”  Tiba-tiba Datin Zaiton yang berkata dari katilnya tetapi dia memalingkan wajahnya kea rah lain.  Dato dan Izwan saling berpandangan.
“Itulah.. mama sudah kecil hati.”  Bisik Dato Ibrahim.  “Eh  Wan datang sorang ke?  Cucu papa mana?”
“Ada  dia dengan bibik.”  Jawab Izwan.  Pintu bilik di buka, bibik masuk dengan Farhan.  Bibik membawa bag salinan pakaian Dato Ibrahim dan sedikit bekalan makanan untuk Datin Zaiton.
“Farhan...”  Dato Ibrahim terus memeluk tubuh Farhan dan mendokong Farhan lantas di bawanya menghampiri katil Datin Zaiton.
“Nenek.... Farhan datang...”  Kata Dato Ibrahim, sambil tersenyum.  Dia tahu itu sahaja jalan untuk memujuk isterinya.  Serta merta mood Datin Zaiton bertukar. Dia menoleh ke arah  Dato Ibrahm dan Farhan. Wajahnya yang masam terus berubah menjadi manis.  Dia mula tersenyum lebar.
“Farhan... nenek rindu dengan Farhan.  Mari sini... nenek hendak cium Farhan.”  Datin Zaiton terus duduk tegak dan mengambil Farhan lalu menciumnya berkali-kali. Bau anak-anak yang tidak berdosa menusuk hingga jauh ke dalam lubuk hatinya.   Lega hatinya bila mencium cucu yang sudah menjadi kesayangannya itu.  Malah kini dia lebih menyayangi Farhan dari Izwan sendiri.  Dia sanggup buat apa-apa demi kebaikan Farhan.  
Izwan memandang sahaja mamanya yang sudah menjadi ceria dengan kehadiran Muhammad Farhan.  Dato’ Ibrahim memberi isyarat pada Izwan menyuruh Izwan bercakap dengan mamanya.  Dia ambil Farhan dari pelukan Datin Zaiton dan kemudian mengajak Farhan keluar dari bilik itu.
“Farhan hendak pergi minum.  Mari kita pergi beli.  Bibik..ikut sekali.  Saya mahu beli sedikit barang Datin.”  Arah Dato Ibrahim.
Selepas mereka tinggal berdua, Izwan menghampiri katil Datin Zaiton.  Datin Zaiton terus memaling wajahnya kea rah lain.
“Mama... “  Kata Izwan.  “Mama marah dengan Wan lagi?”  Soal Izwan
Datin Zaiton terus mendiamkan dirinya. “Mama...”  Izwan terus menyebut nama mamanya beberapa kali dengan perlahan.  Lama-lama cair juga hati Datin Zaiton.  Macamana pun Izwan tetap anaknya, macamana degil dan macamana Izwan telah menyakitkan hatinya Izwan tetap anak tunggalnya.
“Mama.. tengok sini.. Mama marah dengan Wan lagi ke?”
“Memang mama marah.  Pergilah kerja, buat apa Wan duduk sini?”
“Mama..sudahlah.. jangan susah hati.  Mamakan kena jaga kesihatan mama.”
“Biarlah mama macam ni.  Wan perduli apa.  Wan bukan hendak dengar cakap mama lagi.  Wan bukan perduli hendak ikut apa yang mama suruh lagi.  Jadi buat apa Wan hendak duduk sini.  Pergilah kerja.  Kerja tu lagi penting dari mama kan.  Wan tak payah jaga hati mama lagi.”
“Baiklah.. Wan minta maaf.   Okay.”
Datin Zaiton terus mendiamkan dirinya.
“Mama ...Wan minta maaf  okay...”
Datin Zaiton terus mendiamkan dirinya.
“Mama...maaa.....  Apa lagi Maa... apa lagi Maa hendak Wan buat...?”
“Kalau camnilah...nampaknya mama tak boleh pergilah Mekah.”  Tiba-tiba Datin Zaiton mengeluh sendirian dengan sedih sekali. 
“Ehhh...kenapa pulak?”
“Macamana hendak pergi.. mama banyak dosa, tidak boleh hendak ditebus lagi... Lepas ni kalau Farhan balik ke kampong dia,  papa akan lagi kecewa.  Mesti dia marah mama balik.   Sebab semua yang berlaku ini salah mama.  Mama, papa pun bukan sihat lagi.  Mama minta sikit sahaja dari Wan.  Tetapi Wan degil.”
“Tskk.... apa sebenarnya yang mama hendak Wan buat.  Cuba mama cakap.”  
Wan dah tak payah sibuk-sibuk Tanya pasal mama lagi.. Kalau mama mati pun...Wan tak payah susah lagi.  Lagi Wan senang.”  Air mata Datin Zaiton mengalir dari pipinya.  Izwan ambil beberapa helai tisu dan diserahkan kepada Datin Zaiton.  Datin Zaiton menangis, makin teresak-esak.  Kesihan pulak Izwan tengok keadaan mamanya.  Nampaknya perkara ini di anggap begitu serious oleh Datin Zaiton.  Tidak boleh tidak.
“Jangan cakap macam tu mama...Okaylah.... Mama cakap apa yang Mama hendak Wan buat.”
“Sudahlah.. Wan.. kalau Wan tidak mahu ikut cakap mama pun tak  sudah.  Semua dosa mama,  biar mama yang tanggung.  Apa hendak jadi pada mama,  Wan tak payah susah-susah pasal mama lagi.  Pergilah..Buatlah apa Wan hendak buat.”
“Mama.. jangan cakap macam tu...Baiklah...cakaplah apa yang mama hendak Wan buat.”
“Tak payahlah...”
Izwan termenung melihat mamanya yang sudah merajuk sungguh.
“Mammmaa....cakaplah.”
“Wan sudah tahu apa yang Wan mama hendak...Kenapa kena tanya lagi...”
“Mama...Wan bukan tak mahu....Wan sudah cuba.....Wan tak ada apa-apa perasaan pada dia.  Wan sudah jumpa dia macamana Mama suruh dan Wan tidak ingat dia dan Wan tak ada apa-apa perasaan pada dia.  Wan tak suka dia pun.  Macamana Mama hendak suruh Wan balik jadi suami isteri. It’s impossible.”
“Kalau Wan sudah cakap macam tu..tak payah cakap lagilah.  Pergi ajelah..Buat apa yang Wan hendak.  Wan sudah tak mahu buat apa-apa.  Apa lagi...” Datin bertekak dengan Izwan.
Okaylah Wan pergi tengok dia di hospital petang ni okay..”
“Tak payah....  Tak payah ambil tahu pasal dia dan pasal Farhan lagi.  Esok ni bila Wan sudah kahwin dengan Suraya, Wan pun tak payah ambil tahu pasal Mama dan Papa lagi.” 
Parah betul macam ini.  Datin Zaiton lebih meradang lagi dengan Izwan.  Izwan mengeluh.
“Kalau macam ni...mama hendak batalkan sahaja pemergian mama ke Mekah tahun ini.  Mama takut dosa mama terlalu banyak.”
“Mama....Sudahlah mama.  Apa lagi.”
“Wan buat apa Wan suka.  Tapi ingat bukan Wan sahaja yang boleh buat degil macam ni  Mama pun boleh.  Kalau Wan dan Siti Hajar tidak kembali bersama,  Mama akan fight untuk Farhan punya custody.  Mama dan papa yang akan ambil Farhan.
“Mama... kenapa hendak buat macam tu.  Wan tak mahu dia.”
“Mama fight bukan untuk Wan. Untuk mama dan papa.  Mama akan fight on the ground yang kau orang berdua bukan ibu bapa yang baik untuk Farhan.”
“kenapa mama kena buat macam ni?”
“Sudahlah Wan memang tak faham dan tidak mahu faham.  Sudah.  Mama tak mahu cakap lagi. Mama sudah penat.  Wan buatlah apa yang Wan suka.  Mama tak kan paksa Wan lagi.  Dosa mama, mama yang kena tanggung.   Kalau kau orang tetap denagn kegilan  masing-masing,,,, Farhan mama akan ambil....mama akan jaga.  Mark my word.”
Datin Zaiton terus menoleh ke  arah lain dan memejamkan matanya.  Air matanya mengalir deras dan dia tersedu-sedu menangis seorang diri.  Kesihan Izwan melihat keadaan mamanya.
***********************************8
“Senang aje Wan... Kau buat deal dengan dia.  Kau juga yang  kata Siti Hajar pun hendak kawin dengan orang lain kan...”  Dr Hasrin memberi cadangan pada Izwan. Mereka sedang minum di Kafetaria Hospital Ampang Puteri.  Selepas bertemu Datin Zaiton,  Izwan cari rakannya yang bertugas di situ untuk bebual.
“Buat deal macamana?”
“Kau deal sahaja dengan dia... Dia duduk di rumah kau sampai mama dan papa pergi Mekah. Lepas itu cerita lainlah.  Kau boleh cakap kau dan Siti Hajar tak serasi.  Sekurang-kurangnya kau berdua sudah mencuba. Bila Mama dan papa sudah selamat pergi menunai Haji dan  kau bebas, dia bebas.. Boleh kawin dengan pilihan hati masing-masing. 
“Anak Aku macamana.”   
“Ehhh we are not talking about your son....  Kata hanya cakap pasal kau.  Macamana hendak selesaikan masalah kau.  BUkan kau kata kau tak nak custody anak kau.  Apa susah?” Jawab Dr Hasrin.   Selepas ini macam couple yang bercerai yang lain, sesekali Dato dan Datin akan melawat Farhan itu sahaja.  Dia orang Cuma hendak their right as a grandparents.  Kau ..tak mahu dia.  Siti Hajar yang akan jaga dia dengan suami barunya.  Settled...  Kau tak perlu fikir pasal Farhan....”  Kata Dr Hasri lagi.  Izwan menjeling kea rah Dr Hasrin, terasa seperti Dr Hasrin memerli dirinya.  Mungkin Dr Hasrin sedang perli dia kerana dia tidak mempunyai naluri kebapaan terhadap Farhan.  Tetapi itu yang dia rasa, dia tidak boleh berpura-pura sayang tetapi sebenarnya dia tidak ada apa-apa perasaan sayang pun terhadap anaknya itu.
“Susahlah...”
“Apa susahnya, kau dengan Suraya sudah serious ke?  Kau takut dia marah?”
 “Tak...aku dengan dia masih baru lagi...belum serious pun.  Only in planning phase .”
“So...apa masalah kau?  Kau bukan ada commitment dengan sesiapa.”
“Aku tak suka perempuan tu.”
“Sebab?  Sebab muka dia buruk.  Sebab dia tak perfect.”
“Tak..aku cuma tak suka dia...”
“Bukan suruh kau buat apa-apa..just stay together sekejap sahaja.   What can happen.  Skandal... kau dah kahwin pun.   Cuma kau kena ..just pretend you are trying out as a family... Aku rasa mereka akan happy jika mereka dapat boleh melawat Farhan sekali sekala selepas ini itu sahaja.  Sekarang ini, mereka baru sahaja jumpa Farhan sebab itu sayang sangat, rasa tidak boleh berpisah dengan Farhan.  Tapi kalau kau sudah mencuba tetapi tidak Berjaya, they all boleh terimalah.  Lepas mama dan papa kau balik Haji ...nanti  kau tengoklah...  dia orang tak kisah dah.  Sebab kau sudah cuba.  Lagipun  semangat orang balik dari menunaikan Haji ni lain.  Semangat baru.  Dia orang boleh accept punya...”
“Ini yang masalah sebab orang yang baru hendak pergi ini,  yang banyak expectations, sebab bila mula-mula hendak pergi  sana, dia mahu bebas dari tanggungan dosa.   Dia mahu melaksanakan ibadat haji itu sebaik mungkin.  Untuk mendapat haji Mabrur.  Jadi kau kena  tunaikan permintaan mereka,  kena  layan perasaan mereka tu.”
“itu macam menipu aje...”
“Tak .....  kau mencuba...untuk kembali hidup bersama...  tapi tak Berjaya.... itu sahaja.”
“Okaylah... aku akan jumpa dia nanti dan strike a deal dengan dia.  Kalau dia tidak setuju untuk bekerjasama,   dia tak mahu buat semua ni.  Macamana?” 
“Bab strategi tu..kau kena fikir.  You are the business man. Kau orang takkan di panggil ‘a shrewed business man for nothing.’   Kau orang kan pandai manipulate  orang,  lagi pandai hendak buat sampai kau dapat apa yang kau hendak. Pijak orang ke, bully ke ... Itu kerja kau orang.  Aku tak pandai. Ini kerja orang-orang yang  kering hati macam kau orang!....”  Jawab Dr Hasrin. Sekali lagi Izwan terasa Dr Hasrin seperti memerli dirinya.    Dalam baik-baik hendak tolong dirinya Dr Hasrin sudah beberapa kali mengenakan Izwan rupanya.
Read more »

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.