Saturday, January 1, 2011

Siapa Aku DI sisi Mu Bab 2

Bab 2

Ketukan kuat di pintu biliknya mengejutkan Izwan. Dia betul-betul salah jangkaan. Rupanya dia lebih penat dari yang dijangkakannya. Dia telah tidur dengan nyenyaknya semalaman. Izwan bangun dan membuka pintu biliknya. Muka Azrul yang tersengih tersembol di muka pintu biliknya. Azrul tahu, Izwan mesti marah dengannya kerana mengejutkannya sedemikian rupa.
“Azrul. Damn you,” kata Izwan sambil menggosokkan matanya. Dia kembali berlengkar di atas katilnya. Suasana pagi sungguh dingin. Di tambah pula dengan hujan yang turun sepanjang malam.
Azrul mengelengkan kepalanya melihat Izwan kembali meyambung tidurnya, lantas berkata, “Hey sleepy head! Time to wake-up. Cepatlah boleh kita breakfast,”

“Alah, they all serve breakfast until 10.00. Apa yang nak cepat-cepat ni.” Jawap Izwan masih geram dengan Azrul, dia menarik bantalnya dan cuba menutup matanya untuk menyambung tidurnya.

“Kau tiba sini pukul berapa? Apasal aku tak nampak kau masa dinner semalam? Aku tiba pukul 7.00, I minta earlier dinner lepas tu aku masuk bilik tidur.”

“Huh! Mahu dia orang layan kau,” perli Izwan
“Hey! Bukan moto dia make you feel at home, kata Azrul. “Lagipun the girl yang jaga kaunter tu kata boleh. Dia masakkan ala carte untuk aku. Chicken chop and veggie, Cheese cake and blueberry and tea... Delicious. “

“Budak perempuan yang mana? “ tanya Izwan, tiba-tiba dia rasa resah, Izwan terus bangun dan duduk di sisi katilnya.

“Alah! Budak perempuan yang ada di kaunter, nama dia Siti Hajar. Cantik juga budaknya. Ada can aku nak tackle dia. Sekurang-kurangnya sepanjang tiga bulan kita di sini. Aku taklah boring sangat. Boleh dia layan aku macam raja,” Azrul memasang angan-angan.

Kenapa tiba-tiba Izwan merasa marah, dia kurang pasti. Tetapi dia tidak suka dengan rancangan Azrul untuk memikat Siti Hajar. Dia tahu sangat gelagat Azrul, ke mana sahaja dia bertugas ada sahaja mak we yang di pikatnya. Setelah selesai projek, perempuan itu akan ditinggalkan begitu sahaja. Sebagai sahabat baik dan rakan sekerja, memang dia tahu sangat. Izwan kurang berminat berbuat demikian. Kebanyakan tempat yang mereka pergi bertugas ialah tempat yang jauh dipendalaman, Jadi Izwan kurang berminat untuk mencari mak we seperti Azrul. Izwan lebih suka berdampingan dengan gadis bandar, lebih sofistikated dan anggun. Yang tahu membawa diri. Mereka lebih banyak ingin bersuka ria, `just for fun’.
Mereka tidak mahukan ikatan. Gadis-gadis ini tahu apa yang mereka kehendakan. “Fun”. Itu yang Izwan hendakkan. Dia masih muda, Dia mahu menikmati hidup muda ini sepuas-puasnya.
Pada Izwan cara Azrul ini sangat berisiko.
“Silap-silap haribulan, kau kena kawin paksa nanti. Baik-baik sikit dengan gadis tempatan,” tegur Izwan.
Tetapi Azrul tidak perduli,” Kau tahu tak kos dia lebih murah. Bawa makan dekat kedai mamak pun sudah okay. Tetapi pleasurenya tetap sama.”

Izwan membiarkan sahaja Azrul dengan kelakuannya selama ini. Memang Azrul licik, selalunya dia terlepas dan tidak terperangkap. Ramai gadis-gadis muda yang telah menjadi mangsanya. Kadang-kala Azrul carikan pasangannya untuknya juga . Dengan demikian mereka akan ‘double date’. Izwan mengikut hanya setakat keluar makan dan bersuka-suka sahaja. Izwan tidak akan layan selanjutnya. Ada antara gadis-gadis yang merayu-rayu untuk bersamanya. Tetapi Izwan tidak mahu melayan dan dan tidak mahu terjebak.

Tetapi kenapa hatinya kurang senang bila Azrul merancang hendak memikat dan ingin menggunakan Siti Hajar. Tanpa banyak bicara dia bangun dan pergi ke bilik air. Dia tidak mahu Azrul cuba-cuba mengoda Siti Hajar. Dia ingin berada di situ apabila Azrul mencuba nasibnya dengan Siti Hajar. Setelah mandi dia mengenakan T-shirt polo biru tua dan seluar jean biru.



Azrul memandang Izwan. Dia memang anak muda yang tampan dan kacak. Bentuk tubuhnya yang tinggi dan sasa, lagak seperti atlet. Mukanya bersih dan menarik.

“Life is unfair!” Getus hati Azrul. Izwan mempunyai segala, wajah yang kacak, susuk tubuh yang menarik, perwatakan yang baik, seorang yang bijak. Azriul mencebikkan mulutnya memikirkan tentang Izwan dan prinsip-prinsipnya.
Azrul tahu, Izwan boleh dapat sesiapa sahaja yang dia hendak, tetapi dia selalunya agak “cool” sahaja. Dia lebih suka “enjoy” daripada mempunyai “steady girlfriend”. Bukan macam Azrul, ke mana sahaja dia pergi Azrul mesti ada teman wanita. Dia sering bertukar ganti teman wanita macam menukar baju. Hidupnya tidak lengkap kalau tidak ada perempuan.

Wajahnya kacak juga, memang tak boleh nak banding dengan Izwan yang sangat tampan itu. Azrul tahu memang ramai gadis yang gilakan Izwan tetapi Izwan selalunya agak dingin dan terlalu memilih pasangannya. Berlainan pula dengan Azrul, perwatakan Azrul dan gaya penampilannya yang menarik dan peramah berjaya membuat ramai juga gadis terpikat dengannya. Kumis nipis menjadi penarik untuk memikat gadis. Walaupun ketinggiannya lebih rendah sedikit daripada Izwan, tetapi badannya dijaga kemas dan rapi. Menurut Azrul, badan cari makan, sebab itu bukan sukar baginya untuk mendapat mana-mana gadis untuk dijadikan mangsanya.

Setelah siap, Izwan dan Azrul berjalan keluar menuju ke dewan makan. Sudah ramai orang yang berada di situ untuk menikmati sarapan pagi. Bau aroma kopi memenuhi ruang, menusuk hidung dan membuka selera makan. Perut mereka mula terasa lapar. Mereka menghampiri meja hidangan buffet. Melihat hidangan yang tersaji membuat kecur air liur masing-masing. Nasi lemak, sambal ikan bilis, rendang daging, mee goreng. Di hujung meja pula terdapat continental breakfast seperti sosej, kepingan daging salai, telur mata bulat, roti yang baru dibakar, sayuran segar, omelet telur yang sangat nampaknya sangat lembut dan enak, krim dan buah strawberi. Jus oren dan susu segar juga di sediakan di dalam jag kaca di sudut lain dewan makan itu.

“What a spread! Macam ni tiga bulan di sini sihat kita, everything is so fresh,” ujar Azrul dengan agak kuat. Orang lain yang berada di sini cuma tersenyum menyetujui katanya.

“Aku memang sudah lapar sangat ni.,” katanya lagi, tanpa berlengah dia mencapai pinggan makan dan mula meyendukkan makanan yang sedang enak terhidang itu.

Setelah mengambil makanan mereka pun menghampiri meja yang sudah di duduki oleh rakan-rakan mereka yang lain. Nampaknya semua sudah sampai semalam. Mereka sedang menikmati hidangan pagi ini.

“Memang betul pilihan syarikat yang menempatkan meraka di sini.” getus hati Izwan. Biliknya pun kemas dan cantik, layanan dan makanannya juga baik sekali. Setiap bilik mempunyai temanya sendiri. Semua reka bentuk hiasan dalaman berasaskan englsih country style. Walaupun Kelly ‘s Inn tidak besar tetapi penghuni merasa cukup selesa. Izwan memandang lelaki inggeris yang sedang duduk di meja yang biasa dia duduki. Nampaknya semua orang tahu yang meja yang didudukinya itu meja Lelaki tua tersebut. Tidak ada orang yang cuba mengambil tempat lelaki tersebut.

“Kau tengok, semua orang macam tahu-tahu meja tu meja mat salleh tua tu,” kata Izwan sambil memandang ke arah lelaki Inggeris itu.
“Itu Mr Smith, dia tu seorang pencinta burung. Dia datang di sini untuk buat bird watching. Dia sedang mengumpul data dan menulis buku tentang burung-burung di kawasan di sini,” terang Azrul.
Izwan memandang muka Azrul kehairanan, “mana kau tahu semua ni. Kau baru aje sampai semalam. Aku yang sampai dulu pun tak tahu apa-apa lagi.”

“Kau mungkin the most handsome guy, ramai gadis gilakan kau. Tapi aku ini peramah dan pandai memikat. Mudah mesra. Jangan tak tahu, kata Azrul dengan selamba, kemudain dia menyambung lagi.

“Siti Hajar yang berbual dengan aku semalam. Mana pulak dia pagi ni. Tak nampak batang hidung pun. “ Azrul menoleh-noleh kesekeliling dewan. Tetapi bukan sahaja Siti Hajar, bayang Siti Hajar pun tak nampak. Izwan memang sudah awal-awal mencari-cari kelibat Siti Hajar, memang pagi ini dia tidak kelihatan di dewan makan. Dia rasa perasaan aneh menerpa ke tangkai jantung hatinya. Takkan dia rasa cemburu, Siti Hajar dan Azrul nampaknya berbual panjang semalam.

Dia cepat-cepat menukar tajuk perbualan mereka. “So apa perancangan kita semua hari ini. Lim?”

“Lepas ini, kontraktor akan datang ambil kita untuk pergi melawat site. Mungkin kita akan adakan “a short meeting”, lepas tu kita tengok-tengok pejabat kita yang terletak di tapak bina,” jawap Lim

“Oh, what time we are leaving?” Tanya Izwan kembali

“Around 9.30 am.”

“Okay,” kata Izwan sambil memandang wajah Azrul yang sudah habis makan. “Lets go for a walk keliling kawasan Kelly's Inn.” Azrul meneguk baki kopi yang masih terdapat di dalam cawannya kemudian bangun menuruti langkah Izwan.

Pagi ini masih terlalu dingin lagi. Memang banyak yang sudah di perkatakan tentang keadaan suhu di Cameron Highland yang sudah tidak sejuk lagi, kerana terlalu banyhak tanah-tanah hutan yang telah dibuka dengan rakus oleh penduduk untuk pertanian. Tetapi tidak hari ini. Hari ini keadaan sungguh dingin sekali. Mungkin disebabkan hujan tujun membasahi bumi sepanjang malam. Mungkin sebab Kampung Raja belum banyak di bangunkan lagi. Tidak banyak hotel yang terdapat di sini. Kebanyakan penduduk di sini hanya penanam sayur dan bunga. Lain-lain ialah pegawai kerajaan, guru sekolah dan pekerja syarikat elektrik, Tenaga Nasional Berhad. Pelancongan di kawasan ini belum dimajukan sepenuhnya.

Keadaan sekeliling rumah tumpangan sangat indah. Memang pihak pengurusan Kellly’s Inn menjaga kawasan ini dengan baik. Bunga ros yang berbagai warna menyerikan taman yang indah. Kuntum-kuntum bunga ros sangat besar dan mekar. Penjagaan taman ini nampaknya sangat rapi dan baik sekali. Seperti tumbuhan di sini dibelai oleh tangan yang penuh dengan perasaan sayang. Bunga-bunga lain seperti dasiy, bluebell dan crysanthemum. Iries, teluki, poinsettias juga terdapat di samping batas-batas ros. Terdapat sebuah lorong kecil yang menuju ke bawah daripada kawasan rumah Penginapan ini. Kelly’s Inn sebenarnya terletak di atas bukit. Azrul dan Izwan berjalan menyusuri lorong kecil tersebut. Dikiri kanan lorong kecil dipenuhi dengan pohon ros desa yang berjalar. Di sepanjang cerun-cerun bukit terdapat lebih banyak batas-batas bunga ros yang bewarna merah dan kuning. Selepas batas-batas bunga ros, terdapat pula batas-batas sayur-sayuran. Terdapat kumbah-kumbah bunga kobis yang sedang membesar dengan subur sekali. Dari jauh mereka nampak warnanya yang keputih-putihan dicelah-celah daun-daun lebar yang menghijau.

“Nice…really nice. Macam dekat Brigthon dulu pulak ye Wan.” Kata Azrul

Izwan cuma mengangguk. Dia rasa hendak tahu apa yang terdapat di penghujung lorong kecil ini. Mereka berjalan makin cepat apabila lorong tersebut menuruni kawasan bukit . Mereka kemudiannya tiba di penghujung lorong. Rupa-rupanya terdapat sebuah nursery pokok-pokok. Pokok-pokok ini adalah untuk di jual kepada orang ramai. Pasu-pasu pokok bunga `petunia’ bergantungan di keliling bangsal kecil. Keseluruhan kawasan di tutupi kain hitam yang jarang. Bangsal menjual pokok-pokok dan bunga ros ini sebenarnya terletak di kaki bukit rumah tumpangan tersebut. Ramai pelanggan yang memandu kereta di sepanjang jalanraya berhenti untuk membeli bunga dan tumbuhan. Terdapat juga sebuah gerai kecil yang menjual sayur-sayuran segar dan buah strawberri.



“Patutlah dia tidak ada di dewan makan tadi. Dia ada di sini,” tiba-tiba Azrul berkata, seperti berkata dengan dirinya sendiri.

Izwan juga baru terperasan Siti Hajar sedang sibuk melayan pembeli-pembeli bunga dan sayur-sayur yang baru singgah. Senyuman manisnya di pagi yang dingin cukup menyegarkan sanubarinya. Azrul menghampiri pembantu kedai yang berbangsa Indonesia dan membeli setangkai bunga ros yang berwarna merah. Kemudian dia menghampiri Siti Hajar yang baru selesai melayan pembeli.

“A rose for my beautiful lady.”

Siti Hajar yang mulanya terkejut kemudiannya tersenyum. “Oh thank You.” Senyuman yang ikhlas menguntum di bibirnya, membuatkan mukanya sungguh manis dipandang.

Izwan menjeling dari jauh sahaja gelagat Azrul dan reaksi Siti Hajar. Siti Hajar nampaknya betul-betul gembira dengan pemberian Azrul. Atau dia memang sudah biasa menggoda semua orang yang menjadi penghuni Kelly’s Inn atau dan semua pelanggan yang datang ke gerainya. Senyuman cari makan! Kenapa Izwan mesti rasa cemburu. Izwan berkata-kata di dalam hatinya sambil memerhatikan sahaja reaksi Siti Hajar.

Kemudian baru Siti Hajar terpandang muka Izwan. Senyuman di mukanya seperti biasa, sama macam senyuman yang dia berikan kepada Azrul. Berdetik hati Izwan bila Siti Hajar meberikan senyuman manisnya kepada Izwan. Tetapi Izwan tidak membalas senyuman itu. Dia sengaja tidak mahu masuk ke perangkap Siti Hajar, macam yang terjadi pada Azrul yang kelihatan sudah begitu tertawan dengan gadis yang sedang menjual bunga itu.

Kenapa Izwan inginkan senyuman yang istimewa hanya untuk dirinya? Dia tidak mahu Siti Hajar menganggap dia sama seperti pelanggan, pembeli bunga atau penghuni rumah tumpangan yang lain. Dia mahu Siti Hajar pandang pada dia dengan pandangan yang istimewa. Izwan masih bertelagah dengan dirinya sendiri.



“Encik Izwan, Selamat pagi,” tegur Siti Hajar. Izwan cuma mengangguk tanpa memberikan senyuman. Pagi-pagi ini Izwan nampak sungguh tampan walaupun berpakaian sangat kasual. Baju berwarna biru tua yang dipakainya menyerlahkan kecerahan wajahnya. Susuk tubuh badanya segak dan begitu menawan. Izwan layan tidak layan sapaan Siti Hajar. Siti Hajar tidak pun kelihatan mengambil hati bila pertanyaannya tidak dijawap oleh Izwan. Dia terus sibuk melayan pembeli yang baru datang.

“Kenapa Hajar ada di sini pulak,” tanya Azrul. Azrul berdiri di sebelah Siti Hajar dan terus membantu Siti Hajar melayani pelanggan. Nampak mereka berdua sudah begitu mesra, padahal baru sehari bertemu.

Izwan terus buat tidak perdulikan tentang mereka. Dia hanya memandang SIti Hajar dari sudut matanya. Dia tidak mahu nampak seperti berebut perhatian Siti Hajar. Selalunya gadis yang akan berebut perhatiannya bukan sebaliknya.
“Oh! Hari ini hari Isnin, kami buka gerai sayur, bunga dan buah strawberi. Kami buka setiap dua kali seminggu. Hari Isnin dan Kamis,” terang Siti Hajar sambil tangannya dengan pantas membungkus sejambak bunga ros berwarna peach untuk pelanggan. “Sepuluh ringgit Encik.” Kata Siti Hajar sambil tersenyum. Bila pelanggan menghulurkan duit bayaran, Siti Hajar menyambutnya dengan senyuman manis dan berkata. “Terima kasih, datang lagi.”
Kemudian baru Siti Hajar mengalehkan perhatiannya kepada Azrul kembali.

“Silalah tengok-tengok kalau ada yang berkenan untuk di beli. “
“Buah Strawberi ini sendiri tanam ke?” Soal Azrul sambil membelek bungkusan buah kotak plastik buah strawberi Siti Hajar menganggukkan kepalanya.

“Ada kawasan kecil belakang Kelly’s inn. Kami buat kebun strawberri. Memang terbuka untuk penginap Kelly’s Inn. Bila ada masa saya boleh tunjukkan,” jawap Siti Hajar dengan mesra. Topi yang menutup kepalanya membuatkan wajahnya lebih menawan. Izwan menelan air liurnya. Hatinya menjadi gundah gulana. Siti Hajar begitu memikat hatinya. Tetapi dia tidak mahu berebut dengan Azrul. Dia melangkah ke bahagian lain bangsal sambil menengok-nengok hasil jualan. Hatinya melonjak-lonjak ingin tahu tapi tidak mahu pulak bertanya.
“Siapakah sebenarnya Siti Hajar? Nampaknya di semua bahagian Kelly’s Inn, dia beroperasi. Dia kaunter, di bilik penginapan, di dewan makan, di gerai jualan…boleh dikatakan di mana-mana di Sekitar Kelly’s Inn.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Izwan memberi isyarat kepada Azrul agar mereka balik ke Kelly’ s Inn. Kereta yang sepatutnya mengambil mereka akan tiba sekejap lagi. Azrul masih lagi berbual mesra dengan Siti Hajar. Siti Hajar melayannya dengan baik. Melihat mereka berdua semakin mesra, Izwan rasa dia patut hilangkan minatnya untuk mengetahui tentang SIti Hajar dengan dengan lebih lanjut. Sekali gadis sudah masuk perangkap Azrul, memang mereka akan terjebak. Izwan tidak akan berkongsi perempuan dengan Azrul. Maruah dia lebih tinggi dari itu.

2 comments:

IVORYGINGER said...

si Izwan napa la cepat mengalah ngan Azrul dah tu leh lak cop Hajar cam perempuan murah layan smua org sama. huh... stigma lelaki. bila perempuan xlayan kata sombong, bila lebih melayan kata gedik. huh... sory meluah ktidak puasan hati lak sy ni.hehehe... ;D

apapun akak nice story. waiting the next episode. wanna know more about hajar. is she the owner of Kelly's Inn??? he...

Anonymous said...

izwan is very cool man.harap hajar tau mengenal perangkap dan xmnyalah anggap kesombongn izwan kerana maruahnye tinggi.

Post a Comment

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.