Monday, March 28, 2011

Siapa Aku DI sisi Mu Bab 26

Bab 26

Semua yang berada di dalam bilik termangu-mangu dengan kata-kata Izwan. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Kebanyakan mereka tidak mengerti kenapa Izwan harus berbincang apa-apa lagi dengan Siti Hajar. Tetapi mereka tidak tunggu lama lagi dan terus mula beredar dari sintu dengan penuh tanda tanya. Apabila mereka melihat Siti Hajar masih lagi terduduk di kerusi, timbul tanda tanya di minda masing-masing.

Encik Hamid melihat wajah Siti Hajar dan kemudian wajah Izwan, berbalik-balik. Tetapi ekspressi muka Izwan sangat serious membuatkan Encik Hamid tidak berani untuk bersuara. Lalu dia beredar dari situ. Wajah Siti Hajar pucat lesi. Jelas Siti Hajar seperti dalam keadaan terkejut. Dia hanya terpaku di kerusinya. Azrul juga agak terkejut dengan kata-kata Izwan. Tetapi dia masih boleh mengawal perasaannya

“If you have anything to say to Hajar. I should be around.” Kata Azrul.
“Encik. Azrul. Saya kata saya ingin berbicara dengan Isteri saya in private,” kata Izwan, perkataan isteri itu sengaja ditekan oleh Izwan.
“Isteri!” Kedua-dua Siti Hajar dan Azrul nampak terkejut bila Izwan menyebut perkataan Isteri. Tiba-tiba sahaja harapan Siti Hajar naik mendadak. Adakah Izwan sudah ingati dirinya.
“Iya… atau saya boleh katakan kononya isteri saya…… yang kini sudah bercadang hendak kawin dengan Encik Azrul….” Kata-kata Izwan seterusnya membuat harapan Siti Hajar jatuh berkecai.
“Izwan. This is Azrul. Don’t you know me? I am your best friend.” Jelas Azrul. Tidak dapat menahan sabar lagi. Mereka semua membiarkan Izwan cakap dan buat sesuka hatinya, hanya kerana dia mengalami amnesia. Azrul berpendapat, Izwan mesti di kejutkan dengan reality. Dia terlalu di pampered oleh ibu bapanya dan juga Hajar, membiarkan Izwan dalam keadaan tidak mengetahui keadaan sebenarnya selama ini bukan akan memulihkannya tetapi memburukkan lagi keadaan. Semua orang yang merana, tetapi Izwan makin angkuh. Dia mesti disedarkan dan mesti mula bertanggung jawab terhadap perbuatannya pada Siti Hajar. Perkara yang pertama yang Izwan mesti lakukan ialah melepaskan Siti Hajar dari ikatan perkahwinan yang sudah tidak ada maknanya lagi. Siti Hajar harus diberi peluang untuk hidup bahagia dengan orang lain. Orang yang menghargainya.

“Best friend huh! Trying to steal your best’s friend wife? What good friend you are,” tiba-tiba Izwan menempelak Azrul dengan angkuh.
Muka Azrul merah padam. “Hey! That is not what happen.”
“Please ...,” Izwan mengangkat tangannya, meminta Azrul berhenti bercakap.
“Saya mahu bercakap dengan isteri saya…. Perkataan isteri di tekan lagi oleh Izwan. Siti Hajar seperti ditikam setiap kali Izwan berkata demikian. Cara dia cakap perkataan isteri seperti dia benci sangat dengan perkataan tersebut. Siti Hajar cuba untuk mengawal dirinya dari menjadi kelam kabut. Lantas dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan hatinya. Mimpi apa pula kah yang kini? Walaupun terlalu bingung Siti Hajar menguatkan dirinya. Izwan nampak berkeras dan tidak mahu berganjak dari kemahuannya. Siti Hajar juga ingin mengetahui apa yang Izwan ingin katakan dengannya. Banyak persoalan yang timbul. Kenapa Izwan di sini? Apa yang Izwan mahu dari Siti Hajar? Kenapa mukanya penuh dengan perasaan benci terhadap Siti Hajar.

Siti Hajar perlukan jawapan kepada semuanya ini. Walaupun agak berat dia mesti bersemuka dengan Izwan.
“Azrul. Tak mengapa... Hajar nak dengar apa yang dia hendak katakan.”
“Hajar,” tiba-tiba Azrul bangun dan memegang kedua belah lengan Siti Hajar. “Tolonglah. Hajar tidak perlu dengar apa dia hendak cakapkan… Dan Hajar tak payah cakap apa-apa dengan dia….” “Azrul be careful with what you do with my so called…. wife. You should take your hand off her….,” Kata Izwan dengan nada sinis. Dia bukan cemburu, dia tidak ada apa-apa perasaan terhadap perempuan itu tetapi egonya pantang dicabar. Bila melihat Azrul dengan senang sahaja hendak merampas apa yang masih lagi menjadi haknya, dia sengaja mahu membuatkan semuanya tidak terlalu mudah buat Azrul. Azrul memang selalu cemburu dengan apa yang dia ada! Tiba-tiba sahaja tanpa Izwan sedari dia ingat siapa Azrul! Izwan memejamkan matanya seketika. Kenangan lamanya bersama Azrul kembali ke ingatannya. Azrul ialah kawan baiknya yang belajar bersamanya di UK. Selepas balik dari UK, mereka bekerja di Syarikat yang sama. Mereka begitu rapat sekali. Mereka sentiasa bersama dan saling memahami hati masing-masing. Apa yang berlaku antara mereka sehingga terpisah begini. Tidak sekali pun dalam masa empat tahun yang telah berlalu Azrul datang melawat Izwan. Adakah mereka bergaduh dan punca pergaduhan mereka adalah perempuan yang sedang duduk di hadapannya itu. Izwan cuba untuk ingat apa yang berlaku. Tetapi semuanya kosong. Kenapa waktu dia bersama perempuan ini hilang terus dari ingatannya. Adakah pengalamannya bersama isterinya begitu teruk sehingga minda memilih untuk melupakan terus perempuan itu? Lebih cepat dia selesai semua ini, lebih baik buat semua.
“I don’t want to waste my time…..I would to quickly finish this off with my wife.” Tegas Izwan. Apapun dia tidak mahu nampak dia kalah dengan Azrul. Dia mahu dia yang lebih berkuasa dan lebih mendahului Azrul.

“Your wife? Your Ex-wife, you mean?” Tempelak Azrul keras. Dia sudah mula naik marah dengan sikat angkuh Izwan.

Izwan mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari baju kot yang dipakainya. Dia mempamerkan surat itu kepada Azrul. Azrul dan Siti Hajar tercenggang melihat sampul surat putih yang mengandungi surat permohonan cerai Siti Hajar. Ini bermakna prosiding permohonan cerai belum berjalan. Surat ini masih di tangan Izwan.

“Dengan menghantar surat itu kepada aku bukan bererti, Siti Hajar terus menjadi bekas isteri aku….. Ianya memerlukan tanda tangan aku dulu…baru boleh proses….,” Izwan berkata dengan angkuh. “You assume too much Azrul. Tsk tsk tsk…. Ini dia rupanya wajah seorang best friend. Instead of acting as a best friend should, belakang aku, kau dan Siti Hajar merancang untuk menyingkirkan aku.” Kata-kata sinis kemudian dia menyambung lagi.

“Kawan baik jenis apa kau ni…. Selama ini kau tidak pernah melawat aku pun. Sekarang ini baru aku diberitahu aku ada seorang isteri tersorok di sini. Tempat Jin bertendang macam ni….! Kau sebagai kawan baik, bukan hendak memberitahu aku apa yang aku sudah lupa tetapi cepat-cepat hendak dia bercerai supaya kau boleh kawin dengan dia…. Kalau ini di namakan best friend…macamana agaknya seorang musuh akan lakukan!” Izwan perli dengan sinis sekali.

Muka Azrul terus berubah tetapi dia masih mempertahankan dirinya. “That is not true. Kau yang tinggalkan dia sendirian di sini. Kau tidak ingat pada dia lagi. Kau yang sudah lupa terus siapa Siti Hajar.”

“I don’t remember anything about Puan Siti Hajar. That is true. But now I am wondering what really going on around here actually. Between she and you all this while,” sindir Izwan. “Sementara all this while, dia claim dia setia menanti di sini sebagai seorang isteri, sebenarnya dia kekasih kau…. Instead of dia claim aku yang salah. Aku boleh claim dia yang nusyuz.”

“Izwan! Jangan bagi aku hilang sabar. That is not what happen. Kau jangan nak tuduh perempuan baik macam Siti Hajar ni macam tu. Tangan Azrul sudah di genggam dengan kuat. Kesabarannya sudah hilang oleh tuduhan-tuduhan tak berasas Izwan.

Izwan puas hati, melihat Azrul naik marah. Memang itu tujuan dia. Dia mahu menimbulkan keraguan dalam apa yang telah didakwa oleh Siti Hajar tentang perkahwinan mereka.

“Azrul. Sudahlah Rul,” tiba-tiba Siti Hajr mencelah dengan lembut, cuba meredakan kemarahan Azrul. “Biarkan kami seketika, Hajar nak dengar apa dia nak cakap dengan Hajar. Rull tunggu Hajar di luar okay,” suara Siti Hajar yang lembut berjaya meredakan kemarahan Azrul.

Azrul keberatan untuk meninggalkan Siti Hajar dengan Izwan. Tetapi dia terpaksa akur dengan permintaan Siti Hajar.

“Rull akan berada di luar, kalau Sayang perlukan Rull….,” Sengaja Azrul menunjukkan mereka berdua sudah intim. Dia mahu menyakitkan hati Izwan. Azrul memandang wajah Siti Hajar dengan penuh kasih sayang kemudian menjeling ke arah wajah Izwan sebelum keluar. Siti Hajar cuma mengangguk. Izwan memandang mereka berdua dengan perasaan meluat. Mereka boleh berasmara dana sepuas hati mereka tetapi bukan di depan dirinya dan bukan selagi prosiding penceraian ini selesai. Walaupun dia sendiri bukan hendakkan perempuan macam Siti Hajar sebagai isterinya, tetapi pantang Izwan jika ada orang hendak menunjuk-nunjuk depan dia.

Izwan perasaan Siti Hajar tidak memanggil dia dengan namanya sendiri. Izwan di rujukkan dengan gantinama ‘dia’ sebagai orang ketiga. Pada hal dengan Azrul pulak, Hajar memanggilnya dengan nama singkatan, menunjukkan mereka sudah jauh lebih akrab berbanding dengan dahulu. Azrul sudah memanggil dia dengan nama sayang. Mereka mungkin sudah rapat sangat. Izwan bukan tidak kenal dengan perangai sebenar Azrul. Seorang kaki betina, semua yang lalu di depan mata akan disapunya… Apa yang berlaku antara mereka bertiga….sebenarnya sehingga Izwan begitu benci dengan Siti Hajar sehingga dia hanya mahu melupakan Siti Hajar dari hidupnya.

“Okay Rulll… kalau apa-apa Hajar panggil nanti.” Siti Hajar dapat rasakan perasaan benci Izwan yang meluap-luap terhadap dirinya. Dia tidak tahu mengapa. Adakah Izwan ingat Siti Hajar mahukan sesuatu dari Izwan. Dia bukan begitu. Dia rasa begini terhina. Begitu kerdil di mata suaminya itu. Hanya dengan menunjukkan dia dengan Azrul seolah begitu rapat sekali perhubungannya membuat dia rasa, dia bukanlah hina sangat. Ada orang lain yang masih menghargai dirinya itu.

Setelah Azrul beredar, Mereka bertentangan mata tanpa berkata apa-apa.
Izwan bangun dan memandang keluar dari dinding kaca bilik tersebut. Permandangan di luar sana begitu redup sekali. Hujan turun renyai-renyai, nampaknya sepanjang hari ini hujan turun membasahi bumi.

Siti Hajar resah menanti Izwan memulakan bicaranya. Tangannya dipulas-pulasnya tanpa tujuan tertentu. Keceriaan dan keyakinannya yang dirasakan pagi tadi hancur sama sekali. Dia tidak sangka akan berdepan sendrian dengan suaminya Izwan. Setelah sekian lama berpisah Siti Hajr menjadi sangat kekok dengan suaminya. Dia dapati Izwan begitu tampan sekali, berdiri sedang memerhatikan permandangan di luar sana. Dari tadi Siti Hajar perhatikan dia tidak mengalami apa-apa kesan pun dari kemalangan tersebut. Mungkin hanya ingatnnya pada Siti Hajar sahaja yang terjejas. Sebab dengan orang lain dia tidak ada masalah untuk mengingati mereka. Hanya Siti Hajar sahaja yang terkesan teruk dari kemalangan mereka itu. Dia telah kehilangan semua. Dia sudah tidak boleh memandang wajah Izwan tanpa dia merasa malu dengan wajahnya sendiri. Bila dalam keadaan begini, Kakinya terasa sakit sangat.

Siti Hajar makin resah menunggu Izwan berbicara. Dia tidak tahu apa nama yang sesuai untuk digunakan bagi lelaki yang di hadapannya.

“Emm.. Encik Izwan….Apa yang Encik Izwan hendak bincangkan?” Kata Siti Hajar, memecah kesunyian yang sudah agak lama berlarutan itu.
“Puan Hajar nak tahu kenapa saya hendak bincangkan ?” Tiba-tiba Izwan bersuara. Tersayat rasa hati Siti Hajr melihat betapa dinginnya suara Izwan. Dia tidak nafikan, hatinya berdetak seketika semasa Izwan mengakui Siti Hajar adalah isterinya. Ada lagi dalam hatinya yang masih menyimpan harapan rupanya. Tetapi sekarang ini Hajar tahu, harapan itu hanya tinggal harapan sahaja. Mereka masih lagi seperti orang asing. Izwan masih mengalami amnesia. Kenapa cuma dirinya dan peristiwa di kampung Raja ini padam dari ingatan dia. Adakah dia sememanganya tidak mahu mengingati mereka semua? Apa salah Siti Hajar pada Izwan sehingga dia membuang terus Siti hajar dari ingatannya? Siti Hajar sering cuba ingat kembali apa yang dia buat yang begitu teruk sekali sehingga Izwan benci dengan dia? Terasa luka lama dirobek kembali.
“Saya ada kehidupan saya sendiri, menguruskan Syarikat saya, pekerjaan saya, kakitangan saya. Saya sudah map out semua rancangan masa depan saya. Semuanya sudah perfect. Tetapi suatu hari saya dikejutkan oleh surat ini. Izwan menunjukkan jarinya kepada surat yang ditunjukkan kepada Azrul tadi. Semua rancangan saya rosak. Tiba-tiba saya ada isteri bernama Siti Hajar yang duduk di Kampung Raja. Saya tidak tahu apa-apa tentang Puan Siti. Puan Siti adalah terlalu asing bagi saya. Hendak buat cerita lagi, Puan Siti hendak minta cerai dari saya. Mengejutkan bukan. Jadi bukankah saya berhak hendak bincang dengan Puan Siti… Takkan tak boleh bertanya langsungkan..?”

“Apa yang Encik Izwan hendak bincangkan…..”
“Ahh…bila saya tengok Puan Siti dengan Saya… saya rasa musykil… Saya terfikir juga. Adakah Puan Siti di paksa kawin dengan saya?”
Siti Hajar mengelengkan kepalanya.

“Atau adakah saya terpaksa kawin dengan Puan Siti?” Soalan Izwan membuat Siti Hajar menghela nafas pantas, Pedih hatinya bagai di sayat sembilu. Kenapa Izwan cakap begitu?
“Kenapa Encik Izwan tanya soalan itu?”

“Entahlah … Kalau saya tengok Puan Siti ni, you are the last person I will marry… You are not my type…..” Melihat wajah Siti Hajar tercengang…Izwan ingat Siti Hajar tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Izwan yang berbahasa Inggeris. Dia yakin sangat Siti Hajar budak kampong yang memerangkap dirinya, hingga dia terpaksa berkahwin dengan Siti Hajar.
“Maksud saya… saya tidak fikir dalam keadaan normal saya akan memilih Puan Siti Hajar sebagai isteri saya. Jadi saya pelik juga… Apa yang berlaku sehingga kita boleh berkahwin….” Kenyataan Izwan itu sangat menyakitkan hati Siti Hajar. Izwan tidak percaya yang dia boleh berkahwin dengan orang macam Siti Hajar. Siti Hajar memegang pipinya, berpaling ke tempat lain, menyembunyikan wajahnya dari tatapan Izwan. Dia tahu dia kelihatan buruk. Tidak sesekali padan dengan Izwan, sehingga Izwan tidak percaya yang dia boleh mengahwini orang seperti Siti Hajar. Ingin rasanya Siti Hajar meraung di situ tetapi dia tahan perasaan hibanya itu. Siti Hajar juga dapati bahawa Izwan sendiri telah menarik haknya sebagai isteri. Izwan memanggil dirinya Puan Siti Hajar. Malahan Izwan menggunakan ganti nama saya untuk membahasakan dirinya. Hilang sudah hak Siti Hajr sebagai isterinya dan dia sebagai suaminya. Apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan mereka ini. Cuma sekeping surat nikah... Itu pun akan termansuh kerana Menurut Peguam, Izwan sudah bersetuju menandatanganinya. Dia keraskan hatinya dengan memberitahu dirinya yang lelaki yang kejam di hadapnnya itu bukan Suaminya yang tercinta. Lelaki itu orang asing. Siti Hajar harus tabah untuk memastikan proses penceraian berjalan dengan baik dan dia akan bebas. Lelaki itu tidak ada hak lagi untuk menyakitkan hatinya.

“Saya rasa …. Kita lebih baik letakkan semua itu di belakang saya. Saya tidak mahu bincangkan tentang itu. Yang penting bagi saya, lebih baik kita berpisah secara rasmi itu sahaja.

“Jawab soalan saya… adakah kita kahwin kerana cinta….?” Soal Izwan lagi, lebih mendesak…..

Siti Hajar cuma mendiamkan dirinya. Kenapa Izwan bertindak begini.
“Encik Izwankan sudah buat kesimpulan Encik Izwan sendiri… Buat apa saya jawab soalan Encik Izwan!” Kata Siti Hajar pula.

“Okay… ..tidak mengapa..hendak tahu kenapa saya tanya begitu…..katakanlah kita berkahwin kerana cinta kononya…. Kenapa bila Puan SIti tahu saya mengalami amnesia, Puan SIti sebagai seorang isteri yang sepatutnya berada di sisi suaminya, cabut lari begitu sahaja…meninggalkan suami yang terlantar sakit…..” Kata-kata Izwan satu persatu menghiris luka lama di hati Siti Hajar.

“Adakah saya ni tidak berharga langsung pada Puan Siti. Begitu mudah Puan Siti melepaskan semuanya. Bila sihat,,,,, mengaku sayang. Bila sudah sakit…., Puan SIti tinggalkan begitu sahaja. Tidak ada harga lagi. Sekarang ini pulak Puan Siti Hajar sudah ada penganti yang saya, seorang seorang lelaki lain. Itukah seorang isteri….?” Izwan ingin menduga isi hati Siti Hajar.

“Jangan cakap macam tu….,” Kata Siti Hajar. “Jangan begitu mudah Encik Izwan mahu menuduh saya!”

“Saya tidak tuduh… itu yang berlaku…Saya Cuma hendak tahu apa sebenarnya muslihat Puan Siti….So apa yang Puan Siti hendak sebenarnya….”

“Saya tidak hendak apa-apa… Saya Cuma mahu Encik Izwan tanda tangan borang penceraian… itu sahaja.”

“Itu sahaja… ? Bukan Puan Siti Hajar mahu menutut saya membayar nafkah…” Soal Izwan dengan wajah sinis.

“Tidak.. saya tidak mahu apa-apa dari Encik Izwan.

“Oh betul ni…. Memang patut pun…. Saya terfikirlah….. semasa empat tahun lalu…. walau pun saya mendapat amnesia dan saya tidak ingat isteri saya, kalau betul puan ihklas, mesti puan tetap bersama saya menjaga saya semasa saya sakit… ” Soal Izwan, kemudian dia menuduh Siti Hajar, “Tetapi sebaik sahaja dapat peluang untuk lari dari bebanan menjaga orang sakit macam saya, Puan Siti terus cabut. Bukan….!”

“Tidak!” Jawab Siti Hajar. “Itu tidak benar.”
“Encik Izwan sebagai suami, tidak tak ingat pada saya. Encik Izwan takut dengan saya. Datin suruh saya jauhkan diri dari Encik Izwan. Datin larang saya dekati ENcik Izwan. Dia kata saya akan buat keadaan Encik Izwan makin teruk. Takut-takut Encik Izwan mengalami stress. Dia tidak percaya dengan kata-kata saya yang kita sudah berkahwin. Saya berkeras mahu berada bersama suami saya pada masa itu tetapi Datin tidak benarkan. Dia hanya akan akui saya isteri Encik Izwan bula ENcik Izwan sendiri yang mengakuinya. Dia suruh saya balik kampong. Dia kata dia akan beritahu sahaja sebaik sahaja Encik Izwan ingat saya.
“Puan Siti pun balik kampong dan tinggalkan masalah semuanya untuk ditanggung oleh kami sekeluarga. Macam itu sahaja….”
Siti Hajar memandang wajah Izwan. Apa guna dia cakap banyak-banyak lagi. Buat apa dia hendak cerita keburukan yang Datin Zaiton lakukan lagi. Siti Hajar sudah letakan semua itu jauh di belakangnya. Dia sudah buat keputusan yang baik untuk mereka semua. Mereka lebih baik berpisah secara rasmi. Buat apa hendak ungkit kisah lama…

“Sekarang apa yang Puan Siti Hajar kehendaki.” Suaranya begitu dingin dan berhati-hati, tidak seperti dahulu, melimpah ruah kasih sayangnya apabila berbicara dengan Siti Hajar. Siti Hajar agak pelik dengan Izwan. Adakah Izwan dan keluarga takut dengan tuntutan nafkah yang akan diminta oleh Siti Hajar. Sebab itukah Izwan dihantar ke sini, untuk menyelesaikan masalah ini dengan senyap?

“Saya hendak minta En Izwan ceraikan saya . Itu sahaja yang saya pinta. Jangan risau, saya tidak mahu apa-apa lagi. Saya tidak akan membuat tuntuan nafkah apa pun dari penceraian ini.” Kata Siti Hajar dengan tegas. “yang penting saya sudah lama digantung tidak bertali. Saya mahu bebas.”

Kata-kata Siti Hajar bukan buat Izwan lega, buat dia rasa tertanya-tanya. Selama empat tahun, Siti Hajar hidup membesarkan anaknya tanpa sebarang nafkah dari suami. Sekarang ini pun Siti Hajar tidak akan menuntut apa-apa. Mesti ada muslihat disebalik semua ini. Perempuan pada Izwan sama sahaja. Mereka mesti mahukan sesuatu, terutamanya wang. Yang membezakan anatra satu wanita dengan yang lainnya hanya jumlah yang minta, samada banyak atau sedikit. Mereka semua sama sahaja.

“Kenapa sekarang baru minta cerai. Kenapa bukan 4 tahun dahulu?”

“Dulu saya ingat ingat suatu hari nanti Encik Izwan akan pulih dari amnesia. Tetapi setelah sekian lama nampaknya harapan cuma tinggal harapan. Encik Izwan nampaknya bahagia dan akan berkahwin tidak lama lagi. Saya pun masih muda. Mesti meneruskan hidup ini.”

“Harapan ye……. Sekarang ini apa sudah jadi dengan harapan Puan Siti?”
“Harapan kini sudah menjadi benci!” Jawab Siti Hajar.

Tersentak Izwan mendengar kata Siti Hajar, tidak dia sangka dia akan terasa dengan kata-kata Siti Hajar itu. Sepatutnya dia suka bila Siti Hajar cakap begitu sebab dia juga tidak menyukai perempuan yang mengaku sebagai isterinya itu. Entah kenapa dia ada perasaan geram dengan perempuan itu!

“Habis tu, selepas ini Puan Siti Hajar akan berkawin dengan En Azrul?”

Siti Hajar memandang muka Izwan kehairanan tetapi tidak menjawap soalan Izwan tetapi di ajukan soalan lain. “Encik Izwan betul tak kenal Azrul? Pada hal En Izwan kenal dia lebih dahulu daripada Encik Izwan mengenali saya? Encik Izwan memang tidak ingat dengan saya ke? Soal Siti Hajar.

“Tidak. Puan Siti and this forsaken place. Semuanya terlalu asing bagi saya.,” kata Izwan lagi tanpa perasaan. Walaupun dia tahu jawapan kepada soalannya itu, Siti Hajar tetap rasa pedih hatinya bila mendengar kata-kata Izwan itu.
“Kalau macam tu tidak ada masalahlah untuk kita teruskan dengan penceraian ini.”

“Memang tak ada masalah. Saya sudah sedia hendak tandatangani surat permohonan itu, tapi mama dan papa saya mahu saya berjumpa dengan Puan Siti dulu. Bincang baik-baik. Lagipun saya hendak tahu juga apa muslihat Puan SIti.. kali ini. Macam saya cakap…mesti ada sesuatu yang Puan Hajar mahukan dari kami?”
“Apa maksud Encik Izwan?”
“Pada saya peempuan semuanya sama sahaja… Apa lagi yang mereka hendak? …Nafkah… wang…?”
“Simpa sahajalah wang Encik Izwan. Saya tidak inginkan semua itu. Saya Cuma mahukan kebeasan saya. Itu sahaja. Encik..Izwan…..Kalau tidak ada apa lagi, saya hendak beredar sahaja. Tidak ada apa-apa lagi yang kita hendak cakapkan lagi….” Siti Hajar bangun dan mengatur langkah untuk beredar. Kakinya terasa sakit. Dia perjalan perlahan-lahan, malu Izwan melihat dia berjalan berdengkot-dengkot macam orang tempang.

Tidak ada apa lagi yang hendak di perkatakan atau hendak di dengari oleh Siti Hajar. Semuanya masih seperti yang dia sudah tahu…. Izwan tidak ingat padanya, Izwan sudah ada orang lain. Semuanya dia sudah tahu sejak dari dahulu. Tiada tempat di dalam hatinya Izwan untuknya. Nama Siti Hajar telah di padamkan terus dari dalam minda dan hatinya. Dan yang lebih menyakitkan hati Siti Hajar, Izwan ingat dia mahukan wang dari Izwan.

Izwan memandang sahaja perempuan itu berjalan berdengkot-dengkot meninggalkan dia sendiri. Sebenarnya dia suka perempuan itu pergi. Memang kalau boleh dia tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan perempuan itu. Dengan semua kekurangan yang ada pada dirinya Perempuan itu, dia masih berlagak lagi. Berani betul perempuan ini, tanpa selindung menunjukkan perasaan bencinya terhadap Izwan. Izwan hendak tengok sampai takat mana dia hendak berlagak dengan Izwan.

“Ada lagi!” Suara Izwan keras kedengaran membuat Siti Hajar terhenti langkahnya.
Sakit hatinya Izwan meilihat lagak Siti Hajar. Agaknya sudah tidak sabar-sabar hendak bersama Azrul. Macam perkahwinan mereka tidak ada makna langsung pada Siti Hajar. Walaupun dia pun benci dan meluat dengan siti Hajar, tetapi ada rasa geram bila di lihatnya Siti Hajar juga benci dengan dirinya. Tidak sabar mahu bercerai dan hendak kawin dengan Azrul, konon... Dia ingat Azrul itu orang yang baik ke? Dia tidak tahu ke Azrul ialah seorang playboy, semua perempuan di kelab malam di sapu oleh Azrul. Izwan tahu perangai sebenar Azrul. Orang macam itu yang perempuan itu lebih suka berbanding dengan Izwan.

Lagipun kenapa pula Siti Hajar yang benci dan marah dengan dia. Dia tidak ada apa-apa salah dengan Siti Hajar. Dia yang patut marah dengan Siti Hajar, bukan sebaliknya. Tiba-tiba sahaja Izwan rasa sakit hati…. Entah dari mana timbul keinginan hendak menyakitkan hati Sti Hajar pulak. Izwan tidak suka bila ada orang berlagak dengan dia. Satu sahaja cara hendak membuat dia menang dalam hal ini dan boleh membuat Siti Hajar sakit hati. Izwan ada senjata untuk melemahkan Siti Hajar, boleh buat perempuan yang berlagak itu tunduk pada dia.

“Apa dia.” Tanya Siti Hajar.
“Muhammad Farhan!” Jawap Izwan.
Tiba-tiba sahaja Siti Hajar terasa lemah sekali. Dia tidak berdaya untuk melangkah…, dia berhenti dan menoleh semula kea rah Izwan. Dia meraup mukanya berkali-kali kemudian menyoal Izwan, perasaannya kini sangat berat. Dia seperti tahu apa yang Izwan ingin katakana dan tidak percaya ini akan berlaku. Siti Hajar ingat semua ini boleh selesai tanpa melibatkan Muhammad Farhan. Rupa-rupanya Izwan sudah tahu tentang Muhammad Farhan.

“Kenapa dengan Muhammad Farhan?”
“Apa yang kita hendak buat tentang hak penjagaan Muhammad Farhan?” Kata Izwan dengan keras dan angkuh.
“Kenapa? Encik Izwan tidak pernah ambil tahu tentang dia. Biarkan sahaja kami begini…”
“Sebelum ini saya tidak tahu tentang Muhammad Farhan. Kini saya sudah tahu. Kami tidak boleh biarkan macam tu saja…. Kami akan tuntut hak penjagaan ke atas Muhammad Farhan.”
Dunia terasa gelap seketika. Wajah Siti Hajar kelihatan pucat.

Izwan puas hati melihat dia berjaya membuat Siti Hajar gelisah. Dia tidak suka dengan perempuan itu dan tidak suka perempuan itu dan Azrul mendahului dirinya. Apapun dia mesti menang dan dia mesti berkuasa. Orang lain seharusnya mengikut apa yang IZwan mahu. Izwan bangun,

Siti Hajar terus mengawal dirinya dari mengalirkan air matanya yang sudah tergenang di hujung kelopak matanya. Dengan pantas dia menyeka air mata itu dari turun, sambil memalingkan mukanya ke arah lain. Dari anak matanya dilihatnya Izwan sudah melangkah untuk keluar dari bilik itu.

“Tetapi kenapa? Kenapa hendak ambil Muhammad Farhan dari saya . Kenapa nak menghukum saya?” Soal Siti Hajar, dalam panik dia bertanya bertubi-tubi.

“Muhammad Farhanlah satu-satunya cahaya dalam hidup saya. Dalam perkahwinan yang penuh dengan penderitaan ini…. Muhammad Farhan adalah satu-satunya kegembiraan saya.”

Sakit hati Izwan mendengar dakwaan Siti Hajar. Siti Hajar mengatakan dia hidup menderita, perkahwinan mereka itu membuat dia merana. Izwan hanya mendiamkan dirinya. Siti Hajar terus merayu dengan Izwan.

“Kenapa Encik Izwan mahu buat begini. Encik Izwan sudah bahagia dan akan berkahwin tidak lama lagi…. Jangan susahkan hidup saya lagi…cukuplah selama ini… Saya sudah cukup merana. Saya tidak menyusahkan Encik Izwan, tetapi kenapa Encik Izwan nak menyusahkan saya, menyeksa kami lagi. Saya tidak buat apa-apa tuntutan pun dari Encik Izwan.”

“Puan Siti Hajar patut berfikir panjang sebelum menfailkan tuntutan cerai. ” kata Izwan. “Tapi kenapa….?” Soal Siti Hajar lagi.

“Okay! Kalau Puan Siti Hajr nak tahu juga,” Izwan kembali mendekatkan dirinya kepada Siti hajar. Mukanya di dekatkan ke wajah Siti Hajar. Bau harum dari tubuh Izwan menerpa Siti Hajar, melontarnya ke suatu masa dahulu. Tetpi wajahnya keras, tiada sedikit kelembutan wajah Izwan yang dahulu. Matanya tajam memandang wajah Siti Hajr yang semakin pucat.

“Untuk Makluman Puan Siti Muhammad Farhanlah, anak saya adalah pewaris harta Dato Ibrahim dan KII holdings. Saya mahu settlekan semua ini sekarang. Saya tidak mahu orang buat macam-macam esok nanti… Mana tau….Puan Siti Hajar menggunakan Muhammad Farhan untuk mendaptkan wang dari keluarga saya.” Kata Izwan, dilihat Siti Hajar wajah bertukar menjadi semakin pucat.
“Lagipun Puan Siti Hajar sudah bercadang untuk berkawin dengan Encik Azrul. Kau orang boleh mempunyai berapa banyak anak lagi kalau mahu. Tetapi bukankah Puan Siti Hajar sendiri yang kata Muhammad Farhan anak saya.. Saya tidak akan membiarkan orang lain membelanya. Dan tidak sesekali orang macam Azrul!” Izwan sengaja uut Siti Hajar, mahu buat Siti Hajar gentar… padahal dia tidak punya apa-apa perasaan pada Muhammad farhan. Dia puas hati Siti Hajar sudah hilang lagak dan mula gementar dengan ugutannya itu. Ini semua hanya satu taktik business pada Izwan. Bila musuh sudah lemah, senang sahaja dia mengarah dan dapat apa yang dia mahu sebenanrnya.



Dengan kata-kata terakhir itu, dia terus beredar menuju keluar dari bilik mesyuarat itu. Tinggallah Siti Hajar termangu-mangu sendirian. Siti Hajar duduk kaku sekian lama, sehingga Azrul yang sudah lama menunggu di luar masuk mendapatkan dirinya. Wajah Siti Hajar yang pucat lesi memberitahu Azrul sesuatu yang buruk telah berlaku.

6 comments:

korro suffian said...

ayoyo.......

sakitnya hati ini bila pasangan ini merana...
bilakah agaknya kebahagiaan yang hilang bertahun dahulu bertaut kembali????

bila..??? bila?????????

Anonymous said...

jahat la izwan ni...

smbng lg...

~aki~

Hanattrah said...

Ya Allah... geramnya klau berhadapan manusia mcm nie.... Sakitnya hati.. eeeeeeeee.....
Jahatnya... nti menyesal dh x guna!!!

Anor said...

betul benda dh jadi nk menyesal pun tak berguna,
tabahkanlah hati mu hajar mengharungi derita demi
penderitaan mungkin ada hikmah disebalik ape yg
berlaku...

Aleya said...

Izwan. don't you know that a reform rake make a better husband? Who knows maybe Azrul become the best husband to Hajar , jangan nyesal sudah.

Anonymous said...

alamak rebut anak pulak.kesian hajar.jahat betullah si izwan ni.saje je.

Post a Comment

 
Cheap Web Hosting | Top Web Host | Great HTML Templates from easytemplates.com.